VIRAL: Seorang Ahli Perniagaan Malaysia Murung Ditemukan Mati

 VIRAL: Seorang Ahli Perniagaan Malaysia Murung Ditemukan Mati
Advertisement

Ahli perniagaan ditemukan mati dalam keadaan tergantung dipercayai akibat mengalami tekanan selepas syarikat miliknya mengalami kerugian dalam kejadian di Taman Putra, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, kejadian disedari isteri mangsa yang pulang ke rumah selepas membeli barangan keperluan harian.

Advertisement

Menurutnya, lelaki berusia 58 tahun itu ditemukan tergantung di bawah kipas dalam bilik tidur tingkat bawah rumah berkenaan pada 1.45 tengah hari.

Katanya, ketika kejadian, anak bongsu mereka berusia 26 tahun yang berada di dalam bilik turut tidak menyedari kejadian

Advertisement

“Siasatan awal mendapati mangsa mengalami kemurungan dan pernah mendapatkan rawatan di hospital swasta. Semakan juga mendapati mangsa juga sudah menerima dos pertama vaksin pada 14 Jun lalu.

Advertisement

“Punca kemurungan dipercayai akibat syarikat milik lelaki itu mengalami masalah kewangan teruk sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan dan terpaksa menutup operasi,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Advertisement

Menurutnya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Cheras untuk bedah siasat dan ujian saringan Covid-19.

Katanya, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) dan orang ramai diminta tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian.

Advertisement

MyNetizen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *