VIRAL: Polis Siasat Pesakit Covid-19 Tikam Pesakit Lain

 VIRAL: Polis Siasat Pesakit Covid-19 Tikam Pesakit Lain
Advertisement

Polis mengesahkan menerima dua laporan termasuk tindakan seorang pesakit Covid-19 menikam pesakit lain yang berlaku di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang, baru-baru ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd. Faisal berkata, kejadian pertama berlaku pada 9 Jun lalu membabitkan seorang waris kepada pesakit Covid-19 telah meninggal dunia yang tidak berpuas hati dan cuba menampar seorang doktor.

Advertisement
Advertisement

“Namun doktor itu sempat mengelak dan terkena sedikit di bahagian telinganya dan kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Advertisement

“Kes kedua pula berlaku pada Khamis lalu dengan seorang pesakit Covid-19 menikam pesakit Covid-19 yang lain dengan mendakwa disebabkan halusinasi,” katanya di sini hari ini.

Advertisement

Beliau menambah, suspek pesakit Covid-19 itu kini ditempatkan di Hospital Sungai Buloh dengan kawalan pihak polis sementara mangsa dirawat di HTAR dan dilaporkan telah stabil.

Advertisement

Jelas beliau, polis kini sedang menilai tahap kesihatan mental suspek dan dia direman selama enam hari bermula Sabtu lalu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Advertisement

MyNetizen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *