VIRAL: Polis Siasat Majlis Nikah Neelofa

 VIRAL: Polis Siasat Majlis Nikah Neelofa
Advertisement

Polis sudah membuka kertas siasatan dan akan memanggil penganjur majlis pernikahan selebriti popular, Neelofa, 32,dengan pelakon dan pendakwah bebas, Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz, 26, berkaitan pematuhan prosedur operasi standard (SOP).

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, kertas siasatan sudah dibuka mengikut Seksyen 21A Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Advertisement
Advertisement

Menurutnya, siasatan mendapati majlis yang berlangsung itu gagal mematuhi SOP ditetapkan dan tiada penjarakan fizikal.

Advertisement

“Susulan itu kita akan memanggil penganjur bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Advertisement

Harian Metro semalam melaporkan selebriti popular, Neelofa, 32, selamat diijabkabulkandengan pelakon dan pendakwah bebas, Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz, 26, di hotel di sini.

Pasangan itu dinikahkan adik Neelofa iaitu Mohd Aqief Mohd Noor.

Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd Noor menerima mas kahwin berupa sebentuk cincin.

 

Advertisement

MyNetizen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *