Advertisement

Seorang penerima vaksin Covid-19 mengharapkan bantuan bagi mendapatkan pandangan kedua daripada hospital swasta selepas diberitahu jarinya mungkin perlu dipotong susulan disyaki cedera akibat vaksin.

Ibu tunggal, Christina Selvamoney, 50, berkata dia mula merasa sakit di tangan kiri sehari selepas menerima suntikan dos penggalak pada 6 Januari.

Advertisement

Kemudian, katanya lagi, tiga jarinya mula menjadi kebiru-biruan.

Menurut guru tadika itu, anaknya membawanya ke Hospital Kajang sehari kemudian, apabila dia tidak lagi dapat menahan rasa sakitnya.

Advertisement

Ujian menunjukkan terdapat gumpalan kecil darah beku di saluran darah di bahagian atas jantungnya.

“Pada mulanya, berdasarkan imbasan CT oleh Hospital Kajang, doktor kata saya ada darah beku di urat atau arteri tangan kiri. Tapi kemudian saya dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan doktor di sana kata ada sumbatan di atas jantung, dalam arteri bersambung ke tangan kiri.

“Pemeriksaan juga tunjukkan tiada denyutan di jari manis dan kelingking. Doktor kata tiga lagi jari okey.

“Ketika beberapa hari pertama dimasukkan ke HKL, beberapa doktor beritahu jari tak dalam keadaan baik dan jika keadaan memburuk, jari boleh mengecut dan perlu dipotong,” katanya kepada Malaysiakini

Advertisement
ketika ditemui di hospital, pada Khamis lalu.

Christina berkata, prognosis itu benar-benar membimbangkannya kerana dia perlu menyara dirinya dan dua anaknya – kedua-duanya sedang menuntut di kolej.

Katanya lagi, dia mahu mendapatkan pandangan kedua daripada pengamal perubatan swasta, tetapi tidak mampu membayarnya kerana gaji yang tidak seberapa.

Menurut Christina, dia baru bekerja di tadika itu setelah menganggur hampir setahun. Sebelum ini, dia juga menjadi guru sebelum tadika tempatnya bekerja tutup tahun lalu.

“Jika mereka asyik kata mahu potong (jari saya), saya tak boleh biarkan saja.

“Saya mahu dapatkan pandangan kedua, dan lebih baik jika saya boleh dapatkannya awal kerana saya takut jika saya tunggu terlalu lama, keadaan bertambah buruk.”

Advertisement

Kerajaan perlu beri penjelasan

Christina mendakwa doktor di kedua-dua hospital memberitahunya kemungkinan masalah yang dihadapi berpunca daripada vaksin.

Dia mendapat dos pertama dan kedua pada 2 dan 23 Julai tahun lalu.

Dia menerima vaksin Pfizer bagi ketiga-tiga dos.

Kecewa dengan apa yang dihadapinya, Christina berharap kerajaan dapat memberi penjelasan tentang apa yang berlaku.

Dia mendakwa turut mengalami tindak balas buruk selepas suntikan dos kedua.

Katanya, dia tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan kecuali kencing manis. Dia juga tidak merokok mahupun minum minuman beralkohol.

“Sebenarnya saya agak keberatan untuk ambil dos penggalak, tetapi anak perempuan saya suruh saya pergi.

Advertisement

“Dia kata saya perlu divaksin jika mahu teruskan kegiatan sosial dan melawat keluarga di Ipoh. Jadi saya setuju.”

Malaysiakini telah menghubungi Kementerian Kesihatan untuk mengulas perkara ini. Seorang jurucakap berkata pihaknya masih meneliti kes ini.

Walaupun kesan sampingan vaksin Covid-19 lazimnya tidak berat dan bersifat sementara, terdapat kes-kes sebaliknya dilaporkan.

Pihak berkuasa kesihatan, termasuk KKM, mempertahankan penggunaan vaksin dengan berkata manfaat bagi melawan Covid-19 jauh melangkaui risikonya.

Pada Khamis lalu, KKM mendedahkan telah menerima 24,286 laporan berhubung kesan buruk susulan imunisasi (AEFI) setakat 15 Jan.

Daripada jumlah itu, hanya 42 kes dikenal pasti sebagai serius.

Pada 26 Nov tahun lalu, KKM juga memaklumkan telah meluluskanlapan tuntutan berjumlah RM132,500 di bawah Bantuan Khas Kewangan Kesan Mudarat Vaksin Covid-19, dengan 78 masih dalam penilaian dan tujuh tuntutan ditolak.

[Baca berita asal]

Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published.