VIRAL HARI INI: Varian Baharu Botswana, Lebih ‘Mengerikan’

 VIRAL HARI INI: Varian Baharu Botswana, Lebih ‘Mengerikan’
Advertisement

Kapasiti penjujukan genom ke atas sampel kes Covid-19 perlu diperluaskan lagi bagi mengesan varian baharu yang dikhuatiri lebih ‘mengerikan’.

Advertisement

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin, berkata pengawasan genom terutamanya pada sampel yang diambil dari pintu masuk antarabangsa perlu dilakukan.

Advertisement

Advertisement

 

“Adalah penting untuk mengembangkan kapasiti pengawasan genom.

“Malaysia melakukan jujukan genom menyeluruh pada semua sampel positif dari pintu masuk antarabangsa negara untuk mengesan varian,” katanya dalam satu ciapan di Twitter, hari ini.

Advertisement

Beliau mengulas mengenai laporan media antarabangsa yang melaporkan para saintis memberi amaran tentang varian baharu Covid-19, Botswana dengan bilangan mutasi yang ‘mengerikan’. – Malaysiapost

Advertisement

MyNetizen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *