Advertisement

Vaksin dihasilkan Sinovac Biotech Ltd, yang juga antara paling banyak digunakan di dunia, tidak menghasilkan antibodi mencukupi untuk meneutralkan varian COVID-19 Omicron.

Advertisement

Dapatan itu dijangka memberikan kesan kepada jutaan penduduk dunia yang bergantung kepada vaksin keluaran China itu untuk melindungi diri daripada jangkitan coronavirus.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan lewat malam tadi, pasukan penyelidik di Universiti Hong Kong berkata kesimpulan itu dirumus berdasarkan hasil kajian ke atas 25 individu yang menerima vaksin lengkap Sinovac.

Advertisement

Ia membuktikan tidak ada seorang pun daripada mereka menunjukkan antibodi mencukupi di dalam serum darah untuk meneutralkan varian Omicron.

Advertisement

Sementara itu, dalam kajian berasingan membabitkan 25 individu yang menerima suntikan vaksin RNA dibangunkan Pfizer dan BioNTech SE, saintis berkata lima orang mempunyai kemampuan untuk meneutralkan varian baharu itu.

Ia selaras dengan dapatan yang dikeluarkan pada minggu lalu oleh kedua-dua syarikat berkenaan, yang memaklumkan suntikan dos ketiga mencukupi untuk melindungi diri daripada varian Omicron.

Kajian di Jepun menunjukkan, varian Omicron sekurang-kurangnya empat kali lebih mudah dijangkiti berbanding varian Delta dan berkemungkinan membantutkan usaha dunia untuk keluar daripada fasa pandemik.

Advertisement

Pada masa sama, kumpulan penyelidik itu mengesyorkan penduduk dunia perlu divaksinasi semula bagi melawan strain baharu ini.

Bagaimanapun, mereka juga mengakui masih banyak perkara tidak diketahui mengenai tindak balas Sinovac terhadap Omicron.

Ini termasuk bagaimana sel T iaitu senjata sistem imun terhadap sel yang dijangkiti virus akan bertindak balas.

Advertisement

Namun, penemuan berkenaan tetap memberi tamparan kepada sejumlah 2.3 bilion penerima vaksin Sinovac terutama di China dan negara membangun.

Dalam pada itu, Sinovac minggu lalu berkata pihak mereka sedang meneliti bagaimana vaksinnya dapat melawan Omicron tetapi tidak memberikan garis masa untuk mengeluarkan keputusan berhubung perkara itu.

Syarikat yang berpangkalan di Beijing itu juga tidak memberikan reaksi segera berhubung dapatan daripada kajian oleh Universiti Hong Kong.

Kumpulan saintis turut menasihati orang ramai supaya segera mendapatkan dos ketiga secepat mungkin. – AGENSI

Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published.