Advertisement

Jabatan Kesihatan Daerah Kubu Raya, Kalimantan Barat mahu mewajibkan status vaksinasi lengkap sebagai syarat untuk bakal pengantin tidak lama lagi, lapor Suara.com, kelmarin.

Advertisement

Ketua Jabatan Kesihatan Kubu Raya, Marijan berkata, setiap bakal pengantin yang mahu melangsungkan perkahwinan perlu mengemukakan sijl vaksinasi sebelum diberi keizinan untuk mendirikan rumah tangga.

Advertisement

Advertisement

“Pihak kami sudah memanjangkan hal ini kepada jabatan agama daerah dan ia diterima baik, namun masih dalam proses perbincangan lanjut.

Advertisement

“Kewajipan memiliki sijil vaksinasi lengkap untuk berkahwin akan menyedarkan masyarakat bahawa pengambilan vaksin sangat penting untuk kita saling melindungi,” kata Marijan.

Tambah Marijan, penambahan syarat vaksinasi lengkap untuk melangsungkan perkahwinan bukan bertujuan mahu menyusahkan pasangan yang ingin membina masjid.

Advertisement

“Manfaat vaksin ini sudah jelas dan sebelum memulakan kehidupan berkeluarga, adalah lebih baik kedua-dua bakal mempelai mengambil perlindungan sepatutnya,” tegasnya. – Agensi

Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published.