VIRAL HARI INI: Seorang Lelaki Mati Terbaring Depan Rumah, Ada Kaitan Dengan Kes Bunuh Diri?

 VIRAL HARI INI: Seorang Lelaki Mati Terbaring Depan Rumah, Ada Kaitan Dengan Kes Bunuh Diri?
Advertisement

Luluh hati orang ramai apabila melihat satu klip video berkaitan kematian seorang lelaki yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes bunuh diri di Sekichan, Sabak Bernam hari ini.

Advertisement

Menerusi klip video yang dimuat naik di laman Facebook I Love Sungai Besar itu memaparkan mayat seorang lelaki sedang terbaring di hadapan sebuah rumah.

Advertisement

Pada masa sama, kelihatan beberapa anggota polis baru sahaja sampai di lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan lanjut ke atas mayat berkenaan.

Advertisement

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan bila kejadian itu berlaku dan lokasi tepat kejadian tersebut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Superintendan Agus Salim Mohd Alias ketika dihubungi berkata, pihaknya belum menerima sebarang laporan berkaitan kejadian.

Bagaimanapun, pihaknya akan menjalankan siasatan lanjut berkenaan klip video yang tular itu.

“Setakat ini tiada laporan yang kita terima, tetapi kita akan jalankan siasatan lanjut,” ujarnya.

Susulan tular video berdurasi 24 saat itu, rata-rata pengguna laman sosial meninggalkan pelbagai reaksi pada ruangan komen dan berharap siasatan lanjut dijalankan pihak berkuasa bagi mengenal pasti punca kejadian sebenar.

Advertisement

MyNetizen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *