VIRAL HARI INI: Selesema Burung ‘Serang’ Eropah, Asia

 VIRAL HARI INI: Selesema Burung ‘Serang’ Eropah, Asia
Advertisement

Sejumlah kes jangkitan wabak selesema burung yang teruk dilaporkan berlaku di Eropah dan Asia sejak beberapa hari lalu.

Menurut Organisasi Kesihatan Haiwan Sedunia (OIE), situasi itu menunjukkan penularan virus itu semakin rancak dan jika tidak terkawal boleh menyebabkan pandemik.

Advertisement

Wabak itu menyaksikan industri penternakan berada di fasa berjaga-jaga selepas penularan sebelum ini menyebabkan puluhan juta haiwan ternakan seperti ayam terpaksa dibunuh, selain menjejaskan aktiviti perdagangan.

Advertisement

Wabak selesema burung juga mendapat perhatian pakar epidemiologi selepas virus itu boleh menjangkiti manusia.

Advertisement

China merekodkan 21 kes jangkitan selesema burung terhadap manusia melalui influenza H5N6 pada tahun ini, manakala Korea Selatan melaporkan penularan wabak di sebuah ladang yang menempatkan kira-kira 770,000 ayam di Chungcheongbuk-do.

Advertisement

Kesemua ternakan di ladang tersebut disembelih bagi mengekang penularan.

Jepun pula merekodkan penularan H5N8 di sebuah ladang di timur laut negara itu.

Advertisement

Di Eropah, Norway melaporkan wabak H5N1 di wilayah Rogaland, melibatkan kira-kira 7,000 burung.

Penularan wabak kebiasaannya berlaku pada musim luruh dan disebarkan oleh burung liar menerusi proses penghijrahan.

Kerajaan Belgium juga berdepan risiko wabak selesema burung, sekali gus mengarahkan semua ternakan diletakkan dalam tempat tertutup. – REUTERS

Advertisement

MyNetizen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *