VIRAL HARI INI: PKP, “Lockdown” Tahun Depan? Rakyat Malaysia Mula Risau Di Media Sosial

 VIRAL HARI INI: PKP, “Lockdown” Tahun Depan? Rakyat Malaysia Mula Risau Di Media Sosial
Advertisement

Kemunculan varian baharu yang dinamakan sebagai Omicron menimbulkan kegusaran kepada orang ramai ekoran sekatan perjalanan sementara yang dikeluarkan pihak Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini.

Advertisement

Menerusi hantaran yang dibuat di Facebook KKM, rata-rata netizen meluahkan kerisauan jika terpaksa menyambut raya Aidilfitri di perantauan lagi akibat sekatan penuh atau ‘Lockdown’ seperti yang berlaku sebelum ini.

Advertisement

“Sejak divaksin, saya dah tak kisah varian baru yang datang ke Malaysia, namun saya risau kalau kami terpaksa beraya di rumah pada tahun depan,” kata seorang pengguna yang dikenali sebagai Taufiq Mohamed.

Advertisement

“Nampak macam itulah, PKP, PKP, PKP dan PKP lagi,” luah Zarina Che Mah.

“Inilah satu alasan untuk tidak diberikan kebenaran untuk balik raya tahun hadapan,” seloroh Man Rizqi.

Dalam pada itu, orang ramai turut menggesa kerajaan supaya menutup pintu sempadan antarabangsa serta melaksanakan kuarantin selama 21 hari.

Advertisement

“Tutup lapangan terbang untuk sementara supaya virus Omicron tidak masuk ke Malaysia, Kalau masih nak bukak sebab ekonomi, habislah negara ni”, komen seorang pengguna dikenali sebagai Lai Choon Meng.

“Pagi penggembara, lebih elok menjalani kuarantin selama 21 hari,” tulis Kamarul.

Advertisement

Omicron adalah varian terbaru Covid-19 yang baru saja diumumkan oleh Organisasi Kesihatan Dunia (WHO) yang di klasifikasikan ke dalam kategori variant of concern (VoC), tanpa melalui kategori variant of interest (VoI).

Sebelum ini, rakyat Malaysia telah menjalani tempoh berkurung selama hampir dua tahun bagi mematuhi Perintah Kawalah Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan secara berfasa di seluruh negara. – K!ONLINE

Advertisement

MyNetizen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *