VIRAL HARI INI: Penganjur Lawatan PM Ke Melaka Dikompaun RM20,000

 VIRAL HARI INI: Penganjur Lawatan PM Ke Melaka Dikompaun RM20,000
Advertisement

Penganjur lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Razak di Selandar, di sini, hari ini dikenakan kompaun RM20,000.

Perkara itu disahkan pegawai kesihatan daripada Pejabat Kesihatan Daerah Jasin yang mengeluarkan kompaun berkenaan di Medan Selera Selandar, di sini.

Advertisement

Katanya, kompaun dikeluarkan atas kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) pencegahan COVID-19 pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Ia sekali gus menunjukkan Kementerian Kesihatan (KKM) tidak memilih bulu dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana individu dan parti politik yang melanggar SOP sepanjang PRN Melaka berlangsung.

Advertisement
Advertisement

“Kompaun berjumlah RM20,000 dikeluarkan kepada penganjur. Kompaun diberikan kepada Ketua Pusat Daerah Mengundi (PDM) BN Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan.

“Ia (kompaun) dikeluarkan atas kesalahan melanggar SOP, iaitu tiada penjarakan fizikal,” kata pegawai kesihatan itu yang enggan namanya disiarkan.

Sementara itu, usaha media mendapatkan kenyataan daripada Ketua PDM berkenaan gagal apabila beliau memilih untuk mengunci mulut.

“Tak apalah, nanti saya kena lagi,” katanya ringkas, sebelum meninggalkan medan selera itu.

Isu SOP yang terlalu ketat dibangkitkan hampir semua parti yang bertanding dalam PRN Melaka, termasuk BN, Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) sejak tempoh kempen bermula Isnin lalu.

Terdahulu, Najib tiba di medan selera itu sekitar jam 11.20 pagi untuk menjamu selera, disusuli ketibaan Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO, kira-kira jam 12 tengah hari.

Yang turut hadir, calon BN di DUN Asahan, Fairul Nizam Roslan dan calon BN di DUN Machap Jaya, Ngwe Hee Sem.

Advertisement

Fairul Nizam berdepan cabaran enam penjuru di DUN Asahan daripada bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron (PH); Dhanesh Basil (PN) serta tiga calon Bebas iaitu Mohd Noor Salleh, Azmar Ab Hamid dan Mohd Akhir Ayob.

Perdana Menteri hari ini mengadakan lawatan di beberapa lokasi sekitar Melaka, bermula dengan sarapan di Kota Melaka, sebelum bergerak ke Sungai Udang, Masjid Tanah, Selandar dan Rim di Jasin, sebelum pulang ke Kuala Lumpur.

Advertisement

MyNetizen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *