VIRAL HARI INI: Penduduk Kampung Pukak Sabah Kecewa, Malu Dihalau Dari Pusat Pemberian Vaksin

 VIRAL HARI INI: Penduduk Kampung Pukak Sabah Kecewa, Malu Dihalau Dari Pusat Pemberian Vaksin
Advertisement

Seorang penduduk dari Kampung Pukak di Tuaran, menyatakan kekecewaannya selepas mendakwa dia dan kira-kira 20 lagi rakan sekampungnya dihalau dengan cara mengaibkan dari Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Tamparuli, semalam.

Advertisement

Johnvis Nomin, 52, berkata, kejadian berlaku kira-kira 8.15 pagi ketika dia sedang menunggu giliran untuk mendaftar bagi mendapatkan suntikan dos pertama vaksin Covid-19.

Beliau berkata, sebelum ini pihak JPKK (Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung) telah menghantar nama , untuk tujuan vaksinasi, bagaimanapun wujud kluster Covid-19 di kampung berkenaan.

Advertisement
Advertisement

“Klinik kesihatan di kampung sebelum ini juga memberitahu mereka yang mempunyai gelang (pesakit Covid-19) tidak dibenarkan pergi menerima vaksin di PPV dan kami beranggapan yang tidak mempunyai gelang ini boleh pergi,” katanya kepada FMT.

Johnvis Nomin

 

 

 

 

 

 

 

 

 

“Apa yang menyedihkan, cara dia membuat pengumuman itu seperti memalukan kami, dia berkata ‘perhatian, kluster Kampung Pukak tolong balik sekarang kerana kami tidak mahu kena jangkit’,” katanya.

Advertisement

Tambah beliau, mereka tidaklah marah jika tidak dapat menerima vaksin pada waktu itu tetapi apa yang mengecewakan penduduk kampung ialah cara petugas menyuruh mereka pulang yang disifatkannya seperti “anjing kena halau”.

“Bayangkan saya bersama beberapa penduduk Kampung Pukak yang lain berdiri dan bergerak ke kereta sambil diperhatikan oleh ratusan orang yang berada di situ. Muka kami ‘merah’, kami berasa malu diperlakukan begitu,” katanya.

Advertisement

Terdahulu, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Masidi Manjun pada 20 Jul mengumumkan kewujudan kluster Kampung Pukak yang dipercayai tercetus daripada majlis kenduri kesyukuran yang diadakan di kampung terbabit.

Katanya, majlis itu diadakan di Kampung Pukak pada 3 Jul lalu, manakala kes indeks kluster itu membabitkan seorang lelaki berusia 47 tahun dikesan positif pada 9 Julai.

Advertisement

MyNetizen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *