VIRAL HARI INI: Penduduk Dakwa Diugut Dikenakan Saman Sekiranya Tidak Turunkan Bendera Putih

 VIRAL HARI INI: Penduduk Dakwa Diugut Dikenakan Saman Sekiranya Tidak Turunkan Bendera Putih
Advertisement

Lain diharapkan lain pula yang berlaku. Itu situasi dilalui 13 keluarga di Bukit Setongkol di sini apabila tindakan mereka menaikkan bendera putih untuk meminta bantuan tidak disenangi pihak tertentu hingga diarah diturunkan pada Rabu.

 

Advertisement

Tindakan penduduk itu dikatakan satu kesalahan dan saman boleh dikeluarkan jika bendera yang dipasang gagal diturunkan.

Bimbang dikenakan tindakan, penduduk akur apabila bendera yang dipasang pada Selasa terpaksa diturunkan pada Rabu selepas diarah berbuat demikian oleh seorang individu yang datang bersama tiga anggota polis.

Advertisement

 

Seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Ana, 43, berkata, dia bersama penduduk di situ sepakat untuk menaikkan bendera putih selepas rata-rata mereka hampir terputus bekalan makanan.

Menurutnya, dua bendera putih dipasang di jalan masuk dan belakang kawasan rumah mereka dengan harapan ‘isyarat’ itu disedari pihak-pihak yang prihatin untuk datang hulur bantuan.

“Kebanyakan kami di sini bekerja sebagai peniaga dan buruh hilang sumber pendapatan ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 ketika ini.

“Memang selepas bendera itu dipasang ada sebuah persatuan datang hulurkan sumbangan, namun selepas itu seorang pemimpin setempat datang menegur minta bendera itu diturunkan segera kerana menjadi kesalahan dan tidak dibenarkan polis,” katanya ketika ditemui selepas menerima kunjungan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teruntum, Sim Chong Siang pada Khamis.

Advertisement

Hadir sama, Pegawai Khas ADUN Semambu, Chan Chun Kuang dan Penyelaras Parlimen Indera Mahkota, Zuraidi Ismail.

Ana berkata, dia dan penduduk keliru apabila tindakan mereka dikatakan satu kesalahan sedangkan kempen kibar bendera putih yang tular di laman sosial berlaku di seluruh negara malah ada yang berbuat demikian mendapat bantuan sewajarnya.

Video kejadian itu tular di laman sosial selepas dimuat naik pengguna Facebook hingga mendapat pelbagai reaksi netizen.

Advertisement

Sementara itu, Chong Siang berkata, arahan menurunkan bendera putih dinaikkan penduduk yang memerlukan bantuan tidak sepatutnya berlaku.

“Sekiranya betul tindakan ini tidak dibenarkan oleh pihak polis, perkara ini perlu dijelaskan kerana ia tidak menjadi masalah di tempat lain.

“Tujuan kempen ini adalah bagi memudahkan bantuan disalurkan kepada mana-mana pihak yang memerlukan dan amat terdesak,” katanya.

Beliau berkata, sepatutnya pihak terlibat yang menyedari bendera putih itu datang bertanya khabar dan hulurkan bantuan bukan diugut untuk diambil tindakan undang-undang kepada penduduk berkenaan.

Pada lawatan itu, Chong Siang turut menghulurkan bantuan makanan kepada keluarga terlibat.

Advertisement

MyNetizen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *