VIRAL HARI INI: Pelajar Dakwa Jadi Botak Selepas Ambil Vaksin Sinovac

 VIRAL HARI INI: Pelajar Dakwa Jadi Botak Selepas Ambil Vaksin Sinovac
Advertisement

Seorang pelajar lelaki di  Phuket mendakwa bahawa rambutnya gugur, seterusnya menjadi botak  selepas dia menerima dua dos lengkap vaksin Covid-19 Sinovac, lapor laman berita The Thaiger kelmarin.

Advertisement

Malah, dia juga mendakwa bahawa doktor telah mengesahkan keadaan itu.

Lelaki yang tidak didedahkan namanya itu berkata, dia melakukan perjalanan dari Tambon Phru Nai di wilayah Koh Yao untuk mendapatkan suntikan vaksin tersebut.

Advertisement
Advertisement

Pada mulanya, dia tidak mengalami sebarang gejala selepas suntikan vaksinnya, namun tiga hari selepas menerima dos kedua,  lelaki itu berkata bahawa rambutnya mula gugur dalam jumlah yang agak banyak.

Advertisement

“Kira-kira tiga hari selepas dos kedua, rambut di kepala saya mula gugur dalam gumpalan.

“Sebaik sahaja saya bangun daripada tidur, bantal saya dipenuhi dengan rambut,” katanya yang mengakui terkejut dengan keadaan itu.

Advertisement

Dia kemudian pergi ke sebuah klinik swasta bagi mendapatkan rawatan dan dimaklumkan oleh doktor bahawa vaksin Covid-19 yang diambilnya telah bertindak balas dengan sel darah putih, menyebabkan rambutnya gugur. – Agensi

Advertisement

MyNetizen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *