VIRAL HARI INI: Parti Bangsa Malaysia (PBM) Mahu Bincang Sertai Barisan Nasional (BN)

 VIRAL HARI INI: Parti Bangsa Malaysia (PBM) Mahu Bincang Sertai Barisan Nasional (BN)
Advertisement

Dua belas bahagian Parti Bangsa Malaysia (PBM) mengusulkan agar parti mereka menyertai gabungan BN bagi menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke-15.

Advertisement

Presiden parti itu yang baru dilantik Larry Sng, berkata usul itu telah dipersetujui barisan kepimpinan baru parti dengan sesi perbincangan lanjut dengan Majlis Tertinggi BN akan diadakan dalam masa terdekat.

Advertisement

Advertisement

“Hal ini kerana kami melihat PBM mampu menjadi pilihan parti berbilang kaum dalam gabungan BN bagi memenangi seberapa banyak kerusi campuran penting di semenanjung dan Sabah.

“Ditambah dengan BN terbukti mempunyai urus tadbir parti yang stabil selain dianggap koalisi paling berpengalaman mentadbir negara, keputusan PBM untuk menjadi sebahagian parti komponen BN dianggap strategi tepat,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.

Advertisement

Sng, yang juga Ahli Parlimen Julau, berkata mereka juga akan menghubungi Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi.

Advertisement

PBM kebanyakannya terdiri daripada bekas pemimpin PKR yang sealiran dengan Azmin Ali dan Zuraida Kamaruddin.

Ini termasuk beberapa pemimpin dan dua Adun yang menyertai Bersatu selepas Langkah Sheraton pada 2020.

Spekulasi bertiup kencang bahawa Azmin dan Zuraida juga mungkin menyertai PBM.

Advertisement

MyNetizen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *