Advertisement

Timbul persoalan terhadap Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah masih belum digantikan dengan orang lain yang layak ketika beliau dilihat tidak berupaya dalam mengendalikan pandemik Covid-19 di negara ini.

Advertisement

Ahli Parlimen Bintulu daripada Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Seri Tiong King Sing berkata, walaupun beliau sebagai salah seorang pembuat keputusan dan terbaik dalam mengekang penularan varian Omicron, namun Noor Hisham bukan daripada latar belakang kesihatan awam.

Advertisement

Malah, King Sing mempersoalkan sekiranya Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin mempunyai strategi jelas untuk mendepani senario kes terburuk atau masih mengamalkan strategi ‘satu demi satu’ atau senang-senang mengabaikan data membimbangkan yang membuatkan orang awam gentar.

“Hakikatnya, beliau (Noor Hisham) adalah pakar bedah, bukan dari bidang kepakaran kesihatan awam. Mereka jelas tidak layak tetapi masih enggan mendapatkan nasihat daripada China, yang berpengalaman dalam memerangi wabak ini.

Advertisement

“Semua orang lihat kadar kematian di China rendah, tetapi berapa ramai orang Malaysia telah terkorban akibat penyakit ini? Mengapa Malaysia tidak menggunakan lebih banyak strategi anti wabak dari China dan Noor Hisham pula belum diganti?

“Ingat lagi ketika Malaysia melaporkan kes import pertamanya pada 2 Disember lalu, Khairy memberi jaminan pada sidang akhbar menekankan langkah pencegahan wabak adalah ketat, merayu semua orang bertenang dan memberitahu beliau mempunyai rancangan mengurus, tetapi dalam sebulan nadanya berubah dengan anggaran kes harian meningkat kepada 30,000 kes,” katanya dalam kenyataan di Facebooknya hari ini.

Advertisement

Presiden Parti Demokratik Progresif (PDP) itu sebelum ini mencetuskan kontroversi susulan kenyataan menyifatkan Noor Hisham ‘takut mati’ kerana dianggap tidak serius dan turun padang dalam menangani pandemik Covid-19 terutama di Sabah.

Dalam pada itu, beliau menegaskan, data dari Amerika Syarikat, United Kingdom, Perancis, Sepanyol dan negara lain yang menghadapi penularan Omicron telah menunjukkan kemasukan ke hospital meningkat dua kali ganda dan sistem perubatan negara menanggung beban berat.

Advertisement

“Sekarang bukan masa untuk mempamerkan semacam ‘kebijaksanaan politik’ peribadi. Untuk menangani ancaman kesihatan global, kita perlu memasuki keadaan persediaan dengan cepat daripada menunggu sistem perubatan runtuh terlebih dahulu dan mendengar sidang akhbar Kesihatan Kesihatan.

“Kita mesti melihat arah aliran wabak dan menyeru orang ramai supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) protokol kesihatan untuk mencegah penularan yang meluas.

“Paling penting, pihak berkuasa mesti mengkaji semula pengalaman lalu dalam memerangi wabak itu dengan menguruskan sumber yang sewajarnya sekarang seperti penjadualan kakitangan perubatan, wad, peralatan dan lain-lain lebih awal,” katanya.

Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published.