Advertisement

KADAR OPR NAIK KEPADA 2.00% (11 MEI 2022)

Jawatankuasa Dasar Monetari Bank Negara Malaysia membuat keputusan untuk menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) kepada 2.00%.

Advertisement

Berikut adalah kenyataan rasmi oleh Bank Negara Malaysia berkenaan kenaikan OPR ini.

Kadar OPR (Dasar Semalaman) Naik Kepada 2.00% – BNM

Pada mesyuarat hari ini, Jawatankuasa Dasar Monetari (Monetary Policy Committee, MPC) Bank Negara Malaysia membuat keputusan untuk menaikkan Kadar Dasar Semalaman (Overnight Policy Rate, OPR) sebanyak 25 mata asas kepada 2.00 peratus. Kadar tertinggi dan terendah koridor bagi OPR turut dinaikkan masing-masing kepada 2.25 peratus dan 1.75 peratus.

Advertisement

Pembukaan semula ekonomi global yang berterusan serta keadaan pasaran pekerja yang bertambah baik terus menyokong pemulihan kegiatan ekonomi. Hal ini telah mengurangkan sebahagian daripada kesan konflik ketenteraan di Ukraine dan langkah-langkah pembendungan yang ketat di China.

Tekanan inflasi telah meningkat secara mendadak disebabkan oleh kenaikan harga komoditi, rantaian bekalan yang tertekan dan keadaan permintaan yang kukuh, khususnya di Amerika Syarikat. Kesannya, beberapa bank pusat dijangka membuat pelarasan pada penetapan dasar monetari mereka pada kadar yang lebih pantas bagi mengurangkan risiko inflasi.

Prospek pertumbuhan global akan terus dipengaruhi oleh perkembangan berhubung dengan konflik di Ukraine, COVID-19, keadaan rantaian bekalan global, kejutan harga komoditi dan volatiliti pasaran kewangan.

Bagi ekonomi Malaysia, penunjuk terkini menunjukkan pertumbuhan yang lebih kukuh, didorong oleh permintaan dalam negeri yang lebih mantap dalam keadaan pertumbuhan eksport yang mampan. Pasaran pekerja terus disokong oleh kadar pengangguran yang lebih rendah, penyertaan tenaga kerja yang lebih tinggi dan prospek pendapatan yang lebih baik.

Peralihan ke fasa endemik pada 1 April 2022 akan memperkukuh kegiatan ekonomi, sejajar dengan pelonggaran sekatan selanjutnya dan pembukaan semula sempadan antarabangsa.

Aktiviti dan prospek pelaburan juga bertambah baik, disokong oleh realisasi projek berbilang tahun dan prospek pertumbuhan yang positif. Walau bagaimanapun, risiko terhadap pertumbuhan masih wujud, termasuk pertumbuhan global yang lebih lemah daripada jangkaan, konflik geopolitik yang berterusan, gangguan rantaian bekalan yang bertambah teruk dan perkembangan buruk berhubung dengan COVID-19.

Inflasi keseluruhan diunjurkan berpurata antara 2.2% hingga 3.2% pada tahun 2022. Memandangkan peningkatan kegiatan ekonomi dalam keadaan tekanan kos yang berlarutan, inflasi asas seperti yang diukur oleh inflasi teras dijangka meningkat untuk mencatatkan purata antara 2.0% hingga 3.0% pada tahun 2022.

Advertisement

Walau bagaimanapun, tekanan harga menaik akan dibendung sebahagiannya oleh kawalan harga yang sedia ada dan lebihan kapasiti yang berterusan dalam ekonomi.

Prospek inflasi terus dipengaruhi oleh perkembangan harga komoditi global yang berpunca terutamanya daripada konflik ketenteraan yang berterusan di Ukraine serta gangguan berkaitan bekalan yang berlanjutan, di samping langkah-langkah dasar dalam negeri mengenai harga yang ditadbir.

Sepanjang krisis COVID-19, OPR dikurangkan sebanyak 125 mata asas secara kumulatif kepada paras terendah yang belum pernah dicatatkan sebelum ini, iaitu 1.75 peratus, bagi memberikan sokongan terhadap ekonomi.

Keadaan pandemik yang pertama kali berlaku sehingga memerlukan tindakan sedemikian kini telahpun reda.

Dengan pertumbuhan dalam negeri yang semakin kukuh, MPC mengambil keputusan untuk mula mengurangkan tahap akomodasi monetari.

Pengurangan ini akan dilaksanakan secara terkawal dan beransur-ansur bagi memastikan dasar monetari kekal akomodatif untuk menyokong pertumbuhan ekonomi yang mampan dalam persekitaran harga yang stabil.

Bank Negara Malaysia
11 Mei 2022

Layari bnm.gov.my/MPS_May2022 untuk maklumat lanjut.

Apa Itu OPR?

Apa itu OPR?

OPR atau dikenali sebagai Overnight Policy Rate, Kadar Dasar Semalaman ini adalah sebuah kadar yang telah ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) ke atas pinjaman dana pada seluruh bank di Malaysia.

Kenapa OPR naik?

Ia adalah langkah bank pusat dalam menyeimbangkan semula pertumbuhan ekonomi negara.

Selain untuk membendung inflasi, kenaikan OPR secara tak langsung juga akan mengukuhkan nilai Ringgit.

Apa akan jadi kalau OPR naik?

Bagi kenaikan kadar OPR ia meliputi 2 kesan terhadap individu peminjam iaitu tempoh pembayaran menjadi lebih panjang

Advertisement
ataupun kadar pembayaran semakin tinggi.

Tindakan itu sememangnya tidak memberi pengguna pilihan yang baik.

Tetapi jika kadar OPR naik, perbelanjaan aliran tunai negara semakin perlahan dan ia secara terus dapat meningkatkan simpanan negara.

Sebagai makluman, sejak pandemik, BNM telah menurunkan OPR ke tahap lebih rendah sebanyak 5 kali; dari 3.25% ke 1.75% dalam tempoh 4 tahun terdahulu (boleh rujuk jadual di bawah).

Sumber : Bank Negara Malaysia

Secara ringkasnya, kesan OPR naik adalah

  1. Kalau buat pinjaman berdasarkan floating rate seperti ASBF, maka bayaran bulanan akan naik.
  2. Bayaran installment rumah turut akan naik. Kalau ada baki hutang rumah semasa 250k, akan berlaku kenaikan lebih kurang RM 50 sebulan. Kalau 500K, maka kenaikan adalah lebih kurang RM 100 sebulan.
  3. Kesan daripada kenaikan OPR ialah segala pinjaman yang menggunakan kaedah floating rate akan mengalami kenaikan bayaran bulanan.

Jadi, apa yang perlu kita buat?

Yang penting sekarang, kita perlu semak semula perbelanjaan bulanan agar tidak melebihi kemampuan.

Kita juga boleh semak semula dengan bank, berapa ansuran bulanan untuk pinjaman yang perlu dibayar.

Jangan terkurang bayar, sebab dikhuatiri nanti menjejaskan rekod CTOS kita.

Keputusan dan Pernyataan OPR

Advertisement
Keputusan dan Pernyataan OPR
Tarikh Perubahan OPR (%) Aras OPR Baharu (%) Pernyataan Dasar Monetari
11 Mei 2022 +0.25 2.00 Lihat Pernyataan
03 Mac 2022 0 1.75 Lihat Pernyataan
20 Jan 2022 0 1.75 Lihat Pernyataan
03 Nov 2021 0 1.75 Lihat Pernyataan
09 Sep 2021 0 1.75 Lihat Pernyataan
08 Jul 2021 0 1.75 Lihat Pernyataan
06 Mei 2021 0 1.75 Lihat Pernyataan
04 Mac 2021 0 1.75 Lihat Pernyataan
20 Jan 2021 0 1.75 Lihat Pernyataan
03 Nov 2020 0 1.75 Lihat Pernyataan
10 Sep 2020 0 1.75 Lihat Pernyataan
07 Jul 2020 -0.25 1.75 Lihat Pernyataan
05 Mei 2020 -0.5 2.00 Lihat Pernyataan
03 Mac 2020 -0.25 2.50 Lihat Pernyataan
22 Jan 2020 -0.25 2.75 Lihat Pernyataan
05 Nov 2019 0 3.00 Lihat Pernyataan
12 Sep 2019 0 3.00 Lihat Pernyataan
09 Jul 2019 0 3.00 Lihat Pernyataan
07 Mei 2019 -0.25 3.00 Lihat Pernyataan
05 Mac 2019 0 3.25 Lihat Pernyataan
24 Jan 2019 0 3.25 Lihat Pernyataan
08 Nov 2018 0 3.25 Lihat Pernyataan
05 Sep 2018 0 3.25 Lihat Pernyataan
11 Jul 2018 0 3.25 Lihat Pernyataan
10 Mei 2018 0 3.25 Lihat Pernyataan
07 Mac 2018 0 3.25 Lihat Pernyataan
25 Jan 2018 +0.25 3.25 Lihat Pernyataan
09 Nov 2017 o 3.00 Lihat Pernyataan
07 Sep 2017 0 3.00 Lihat Pernyataan
13 Jul 2017 0 3.00 Lihat Pernyataan
12 Mei 2017 0 3.00 Lihat Pernyataan
02 Mac 2017 0 3.00 Lihat Pernyataan
19 Jan 2017 0 3.00 Lihat Pernyataan
23 Nov 2016 0 3.00 Lihat Pernyataan
07 Sep 2016 0 3.00 Lihat Pernyataan
13 Jul 2016 -0.25 3.00 Lihat Pernyataan
19 Mei 2016 0 3.25 Lihat Pernyataan
09 Mac 2016 0 3.25 Lihat Pernyataan
21 Jan 2016 0 3.25 Lihat Pernyataan
05 Nov 2015 0 3.25 Lihat Pernyataan
11 Sep 2015 0 3.25 Lihat Pernyataan
09 Jul 2015 0 3.25 Lihat Pernyataan
07 Mei 2015 0 3.25 Lihat Pernyataan
05 Mac 2015 0 3.25 Lihat Pernyataan
28 Jan 2015 0 3.25 Lihat Pernyataan
06 Nov 2014 0 3.25 Lihat Pernyataan
18 Sep 2014 0 3.25 Lihat Pernyataan
10 Jul 2014 +0.25 3.25 Lihat Pernyataan
08 Mei 2014 0 3.00 Lihat Pernyataan
06 Mac 2014 0 3.00 Lihat Pernyataan
29 Jan 2014 0 3.00 Lihat Pernyataan
07 Nov 2013 0 3.00 Lihat Pernyataan
05 Sep 2013 0 3.00 Lihat Pernyataan
11 Jul 2013 0 3.00 Lihat Pernyataan
09 Mei 2013 0 3.00 Lihat Pernyataan
07 Mac 2013 0 3.00 Lihat Pernyataan
31 Jan 2013 0 3.00 Lihat Pernyataan
08 Nov 2012 0 3.00 Lihat Pernyataan
06 Sep 2012 0 3.00 Lihat Pernyataan
05 Jul 2012 0 3.00 Lihat Pernyataan
11 Mei 2012 0 3.00 Lihat Pernyataan
09 Mac 2012 0 3.00 Lihat Pernyataan
31 Jan 2012 0 3.00 Lihat Pernyataan
11 Nov 2011 0 3.00 Lihat Pernyataan
08 Sep 2011 0 3.00 Lihat Pernyataan
07 Jul 2011 0 3.00 Lihat Pernyataan
05 Mei 2011 +0.25 3.00 Lihat Pernyataan
11 Mac 2011 0 2.75 Lihat Pernyataan
27 Jan 2011 0 2.75 Lihat Pernyataan
12 Nov 2010 0 2.75 Lihat Pernyataan
02 Sep 2010 0 2.75 Lihat Pernyataan
08 Jul 2010 +0.25 2.75 Lihat Pernyataan
13 Mei 2010 +0.25 2.50 Lihat Pernyataan
04 Mac 2010 +0.25 2.25 Lihat Pernyataan
26 Jan 2010 0 2.00 Lihat Pernyataan
24 Nov 2009 0 2.00 Lihat Pernyataan
28 Okt 2009 0 2.00 Lihat Pernyataan
25 Ogos 2009 0 2.00 Lihat Pernyataan
29 Jul 2009 0 2.00 Lihat Pernyataan
26 Mei 2009 0 2.00 Lihat Pernyataan
29 Apr 2009 0 2.00 Lihat Pernyataan
24 Feb 2009 -0.50 2.00 Lihat Pernyataan
21 Jan 2009 -0.75 2.50 Lihat Pernyataan
24 Nov 2008 -0.25 3.25 Lihat Pernyataan
24 Okt 2008 0 3.50 Lihat Pernyataan
25 Ogos 2008 0 3.50 Lihat Pernyataan
25 Jul 2008 0 3.50 Lihat Pernyataan
26 Mei 2008 0 3.50 Lihat Pernyataan
29 Apr 2008 0 3.50 Lihat Pernyataan
25 Feb 2008 0 3.50 Lihat Pernyataan
29 Jan 2008 0 3.50 Lihat Pernyataan
26 Nov 2007 0 3.50 Lihat Pernyataan
30 Okt 2007 0 3.50 Lihat Pernyataan
24 Ogos 2007 0 3.50 Lihat Pernyataan
24 Jul 2007 0 3.50 Lihat Pernyataan
28 Mei 2007 0 3.50 Lihat Pernyataan
27 Apr 2007 0 3.50 Lihat Pernyataan
26 Feb 2007 0 3.50 Lihat Pernyataan
26 Jan 2007 0 3.50 Lihat Pernyataan
24 Nov 2006 0 3.50 Lihat Pernyataan
26 Sep 2006 0 3.50 Lihat Pernyataan
25 Ogos 2006 0 3.50 Lihat Pernyataan
28 Jul 2006 0 3.50 Lihat Pernyataan
22 Mei 2006 0 3.50 Lihat Pernyataan
26 Apr 2006 +0.25 3.50 Lihat Pernyataan
22 Feb 2006 +0.25 3.25 Lihat Pernyataan
20 Jan 2006 0 3.00 Lihat Pernyataan
15 Dis 2005 0 3.00 Lihat Pernyataan
30 Nov 2005 +0.30 3.00 Lihat Pernyataan
24 Ogos 2005 0 2.70 Lihat Pernyataan
25 Mei 2005 0 2.70 Lihat Pernyataan
28 Feb 2005 0 2.70 Lihat Pernyataan
30 Nov 2004 0 2.70 Lihat Pernyataan
25 Ogos 2004 0 2.70 Lihat Pernyataan
26 Mei 2004 0 2.70 Lihat Pernyataan
Sumber: https://www.bnm.gov.my/opr-decision-and-statement
Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published.