VIRAL HARI INI: Jururawat Malaysia Didakwa Meninggal Dunia Selepas Divaksin

 VIRAL HARI INI: Jururawat Malaysia Didakwa Meninggal Dunia Selepas Divaksin
Advertisement

Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) akan menjalankan siasatan terperinci berhubung dakwaan seorang ketua jururawat meninggal dunia selepas menerima suntikan vaksin seperti yang tular di media sosial.

Advertisement

Pengarahnya, Datuk Dr Sha’ari Ngadiman, berkata pihaknya akan menjalankan siasatan sebelum kenyataan rasmi mengenainya dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Advertisement

Jururawat didakwa meninggal dunia selepas divaksin

Advertisement

“Saya akan menjalankan siasatan terperinci berhubung dakwaan itu, terutama dakwaan dipaksa menerima vaksin. Ini kerana kebiasaannya, bagi kes-kes pesakit yang berisiko tinggi, mereka hanya akan diberikan suntikan di fasiliti kesihatan, tidak dibenarkan disuntik di fasiliti luar.

“Saya akan semak dan akan beri laporan terperinci sebelum kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pihak kementerian” katanya ketika dihubungi BH, hari ini.

Advertisement

Terdahulu, tular di media sosal seorang wanita mendakwa kakaknya yang juga ketua jururawat sebuah klinik kerajaan di Selangor meninggal dunia selepas didakwa dipaksa menerima vaksinasi.

Advertisement

Menerusi video yang tular itu, wanita berkenaan mendakwa kakaknya yang menghidap penyakit kanser payu dara tahap dua dan diabetes, meninggal dunia selepas mengambil vaksin Pfizer pada 23 Julai lalu kerana perlu memulakan tugas.

Advertisement

MyNetizen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *