VIRAL HARI INI: Denda Jika Individu Dewasa Ingkar Divaksin

 VIRAL HARI INI: Denda Jika Individu Dewasa Ingkar Divaksin
Advertisement

Perdana Menteri Quebec, Francois Legault, mengumumkan penduduk dewasa yang enggan mendapatkan vaksin COVID-19 akan dikenakan denda.

Advertisement

Beliau berkata, mereka yang tidak mendapatkan vaksinasi akan membawa kepada akibat terhadap sistem penjagaan kesihatan dan tidak semua penduduk Quebec perlu menanggung perkara itu.

Advertisement

“Levi hanya akan dikenakan kepada mereka yang tidak layak mendapat pengecualian perubatan.

“Jumlah penalti (denda) belum diputuskan, tetapi ia akan menjadi ‘penting’. Butiran lanjut akan dikeluarkan dalam tempoh terdekat,” katanya.

Advertisement

Ini adalah kali pertama kerajaan di Kanada mengumumkan penalti kewangan untuk individu yang enggan divaksinasi akibat penularan wabak berkenaan.

Kira-kira 10 peratus individu dewasa di Quebec tidak divaksinasi, tetapi mereka mewakili kira-kira 50 peratus pesakit mendapatkan rawatan rapi.
Advertisement

“Mereka yang enggan mendapatkan dos pertama dalam beberapa minggu akan datang perlu membayar sumbangan kesihatan baharu.

“Ini soal keadilan bagi 90 peratus penduduk yang sudah melakukan beberapa ‘pengorbanan’, Kami berhutang kepada mereka,” kata Legault.

Advertisement

Di Greece, individu berusia 60 tahun ke atas mempunyai tempoh sehingga Ahad untuk mendapatkan vaksinasi pertama atau dikenakan denda AS$113 bagi setiap bulan mereka masih tidak divaksinasi.

Menteri Kesihatan Austria turut mengumumkan bulan lalu, kerajaan negara itu merancang mengenakan denda sehingga 3,600 Euro (RM17,000) ke atas individu yang enggan divaksin. – AP

Advertisement

MyNetizen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *