VIRAL HARI INI: Azmin Ali, Faizal Azumu Bakal TPM?

 VIRAL HARI INI: Azmin Ali, Faizal Azumu Bakal TPM?
Advertisement

TEKA-TEKI siapa bakal dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri kembali hangat, susulan desas-desus rombakan Kabinet yang dijangka akan dilaksanakan dalam masa terdekat.

Advertisement

Malah, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilaporkan sepatutnya telah berjumpa dengan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini untuk mengadakan perbincangan khusus mengenai perkara tersebut.

Advertisement

Menurut laporan Utusan Malaysia yang memetik sumber berkata, pelantikan jawatan nombor dua pentadbiran negara itu berkemungkinan diadakan pada minggu hadapan.

“Tiada apa yang diputuskan lagi. Mungkin minggu depan apabila Kabinet selesai bermesyuarat pada Rabu.

“Sepatutnya Ismail Sabri berjumpa dengan Muhyiddin hari ini (semalam) untuk membincangkan perkara ini, terutama sekali mengenai menteri dan timbalan Menteri,” kata sumber tersebut.

Advertisement

Difahamkan, Muhyiddin telah beberapa hari berada di Sabah atas urusan tertentu, yang membawa maksud, sekiranya perbincangan itu berlaku, ia berkemungkinan secara maya.

Selain itu, beberapa individu yang berada dalam ‘inner circle’ Umno dan Bersatu memaklumkan, perkara tersebut masih samar-samar lagi.

Menurut laporan itu, antara nama yang disebut sebagai bakal TPM ialah Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Azmin Ali, serta Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Advertisement

Mohamed Azmin merupakan Ketua Penerangan Perikatan Nasional serta Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, manakala Ahmad Faizal pula merupakan Timbalan Presiden Bersatu.

Sewaktu era Muhyiddin, Mohamed Azmin merupakan Menteri Kanan pertama dari segi susunan, dan telah diberi mandat untuk mempengerusikan mesyuarat Kabinet seandainya Muhyiddin tiada.

Sekiranya Ahmad Faizal dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri, maka portfolio Kementerian Belia dan Sukan akan diserahkan kepada Shahril Hamdan yang merupakan Ketua Penerangan Umno.

Advertisement

Terdahulu, media melaporkan, setelah hampir lima bulan menerajui kerajaan Keluarga Malaysia, Ismail Sabri di­jang­ka melakukan rombakan Ka­binet dan melantik Timbalan Perdana Menteri minggu ha­dapan.

Difahamkan, keba­nyakan menteri dan timbalan menteri sudah menge­tahui perk­ara tersebut. Bagaimanapun, rom­ba­kan itu masih dalam pro­ses ‘ta­war-me­nawar’ untuk me­mu­tus­kan siapa kekal, siapa ganti atau siapa digugurkan. – Malaysiapost

Advertisement

MyNetizen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *