VIRAL HARI INI: Anwar Tawar Sesuatu Kepada Zahid Hamidi

 VIRAL HARI INI: Anwar Tawar Sesuatu Kepada Zahid Hamidi
Advertisement

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menawarkan sesuatu kepada kepemimpinan tertinggi UMNO bagi membentuk jajaran baharu politik.

Advertisement

Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Datuk Wan Saiful Wan Jan, mendakwa ketua pembangkang itu berunding dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua UMNO Bahagian Pekan, Datuk Seri Najib Razak.

Wan Saiful berkata, hal itu kerana kedua-dua pemimpin UMNO berkenaan sanggup mensabotaj perpaduan parti-parti Melayu untuk menggantikannya dengan jajaran baharu.

Advertisement

“Saya sering katakan UMNO ialah parti lama, dengan ramai ahli akar umbi yang ikhlas memperjuang agama, bangsa dan negara.

Advertisement

“Jika agenda kita ialah agama, bangsa dan negara, maka agenda kita sama. Tetapi adakah Zahid dan Najib memperguna keikhlasan UMNO untuk melepaskan diri mereka sendiri sahaja?

“Kalau benar, ini ialah satu malapetaka besar,” katanya dalam kenyataan di Facebook, hari ini.

Wan Saiful turut terkejut mengenai pendedahan Ahmad Zahid mempunyai dendam peribadi terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Advertisement

Sekiranya diteliti asas di sebalik pendedahan itu, Wan Saiful berkata, Ahli Parlimen Pekan dan Bagan Datuk berkenaan, masing-masing berdepan kemungkinan besar untuk dijatuhkan hukuman penjara.

“Mungkinkah Zahid dan Najib pernah minta Muhyiddin campur tangan urusan mahkamah tapi Muhyiddin tak mahu?

“Mungkinkah ketegasan integriti Muhyiddin mempertahan kebebasan mahkamah ialah sebab sebenar Zahid dan Najib beriya-iya menjadikan Muhyiddin sebagai sasaran?” katanya.

Advertisement

 

Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Nazri Aziz, hari ini dilaporkan berkata Ahmad Zahid berdendam dengan Muhyiddin kerana enggan menolongnya dalam menyelesaikan beberapa pertuduhan kes mahkamah yang dihadapinya.

Dendam itu didakwa semakin memuncak apabila Muhyiddin tidak melantik Ahmad Zahid sebagai Timbalan Perdana Menteri, sebaliknya memberikan jawatan berkenaan kepada Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Advertisement

MyNetizen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *