VIRAL HARI INI: 8 Jawatankuasa ARMADA Pengkalan Chepa Lepas Jawatan

 VIRAL HARI INI: 8 Jawatankuasa ARMADA Pengkalan Chepa Lepas Jawatan
Advertisement

Lapan ahli jawatankuasa Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Bahagian Pengkalan Chepa meletakkan jawatan berkuatkuasa 26 Disember lalu.

Mereka yang melepaskan jawatan itu adalah naib ketua armada, bendahari dan enam orang ahli jawatankuasa.

Advertisement

Sharizat M Roslan, bekas Naib Ketua Armada berkata, keputusan ini diambil selepas hilang kepercayaan terhadap Ketua Armada Bahagian Pengkalan Chepa, Nas Azreel Ahmad Nas Ruddin.

Advertisement

Beliau mendakwa Nas Azreel gagal menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ketua, banyak melakukan kesilapan, lemah dalam urus tadbir serta tidak peduli Armada di peringkat cawangan dan akar umbi.

Advertisement

Tambahnya, bekas ketuanya juga tidak pernah mengadakan mesyuarat jawatankuasa bahagian bagi membincang pelaksanaan program sejak Februari 2000 hingga Disember 2021.

Advertisement

Selain itu, dia juga tidak pernah membuat pembentangan kewangan, bajet dan dana yang masuk untuk Armada Pengkalan Chepa.

“Tiada intgeriti sebagai seorang ketua seperti yang ditekankan oleh Presiden PPBM,” katanya dalam kenyataan di sini.

Oleh itu, katanya, berdasarkan Perlembagaan Armada Fasal 11.11 , apabila dua pertiga jawatankuasa armada meletak jawatan, maka terbubarlah jawatankuasa Armada tersebut.

Advertisement

”Maka secara automatik tergugurlah jawatan Ketua Armada Pengkalan Chepa yang juga merangkap Ketua Armada Kelantan,” ujarnya sambil mengharapkan kepimpinan parti dapat melantik Ketua Armada Penaja yang mampu menggalas tanggungjawab parti demi kelangsungan sayap itu. – MalaysiaGazette

Advertisement

MyNetizen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *