VIRAL HARI INI: 11 Pesakit COVID-19 Maut Kebakaran Di Hospital

 VIRAL HARI INI: 11 Pesakit COVID-19 Maut Kebakaran Di Hospital
Advertisement
Sekurang-kurangnya 11 pesakit sebuah hospital di India maut akibat kebakaran yang tercetus di wad rawatan COVID-19 pada Sabtu.
Menurut pihak polis, terdapat 17 pesakit yang ditempatkan dalam wad tersebut.
Advertisement
Enam pesakit lain didapati dalam keadaan stabil.
Kejadian berlaku di bandar Ahmednagar di daerah Maharashtra.
Bagaimanapun, punca kejadian masih dalam siasatan.
Memetik laporan tempatan, insiden seumpama ini tidak asing di India.
Mei lalu, kebakaran tercetus di wad COVID-19 sehingga menyebabkan 18 kematian.
Advertisement
Antara punca kebakaran adalah penyelenggaran yang lemah dan kelengkapan yang tidak mencukupi.
Advertisement

MyNetizen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *