VIRAL HARI INI: 100KG Beras Percuma Antara Janji Calon BN Telok Mas

 VIRAL HARI INI: 100KG Beras Percuma Antara Janji Calon BN Telok Mas
Advertisement

Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman menawarkan 10 janji kepada penduduk di kawasan itu sekiranya diberi mandat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, 20 November ini.

Antaranya termasuk menjadikan kawasan DUN itu yang sememangnya terkenal dengan produk ikan bakar yang sering diserbu pelancong di sekitar Umbai dan Alai sebagai lubuk makanan berkenaan sekali gus meningkatkan ekonomi peniaga dan penduduk setempat.

Advertisement

Selain itu, antara janji yang turut mencuit perhatian ialah sumbangan 100 kilogram (kg) beras percuma kepada rakyat di DUN itu bagi setiap perkahwinan kali pertama.

“Saya berikrar untuk kekal setia bersama BN bagi memastikan kestabilan demi kemakmuran, memberi perhatian kepada peniaga-peniaga kecil tempatan dan membaik pulih serta menyelenggara fasiliti sukan di dalam kawasan DUN ini.

Advertisement

“Selain itu, saya mahu menjadikan DUN ini sebagai lubuk pelancongan makanan ikan bakar serta pemberian 100kg beras bagi setiap perkahwinan kali pertama,” katanya menerusi hantaran video di laman Facebook rasminya.

Advertisement

Selain itu, sektor pendidikan itu juga menjadi keutamaan Abdul Razak yang juga Ketua UMNO Bahagian Kota Melaka itu dan berjanji untuk memberikan tuisyen percuma serta bantuan ‘one-off’ kepada pelajar cemerlang.

Advertisement

“Saya berjanji akan menyediakan kemudahan ‘wifi’ di balai raya serta masjid bagi kegunaan masyarakat setempat dan memastikan balai raya dibuka bagi tujuan aktiviti kemasyarakatan.

“Tuisyen percuma di sekolah bagi sekolah di kawasan DUN ini khusus untuk murid dan pelajar yang bakal menduduki peperiksaan awam serta bantuan ‘one-off’ juga akan diberikan kepada mereka yang cemerlang selain saya juga akan memberi perhatian kepada golongan petani dan nelayan,” katanya.

Advertisement

MyNetizen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *