VIRAL: Enam Termasuk Tiga Anggota Polis Ditahan Rompak Syarikat Kurier

 VIRAL: Enam Termasuk Tiga Anggota Polis Ditahan Rompak Syarikat Kurier
Advertisement

Polis menahan enam individu termasuk tiga anggota polis selepas disyaki melarikan peti besi mengandungi wang tunai hampir setengah juta ringgit di sebuah pejabat syarikat kurier, di sini, Rabu lalu.

Ketua Polis Kedah, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, suspek berusia 21 hingga 50 tahun ditahan pada hari sama selepas pemilik syarikat membuat laporan polis berhubung kejadian pada 1.30 pagi itu.

Advertisement
Advertisement

Katanya, ketika ini polis memburu dua lagi suspek yang masih bebas, manakala enam suspek yang berjaya ditahan kini direman bagi membantu siasatan.

Advertisement

“Setakat ini kita berjaya menemui semula wang tunai lebih RM200,000 manakala baki wang yang hilang masih dikesan.

Advertisement
Advertisement

“Turut terbabit dalam kejadian adalah seorang anggota polis berpangkat Sarjan dan dua Koperal,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah di sini, hari ini.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

Berita lanjut menyusul

Advertisement

MyNetizen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *