Advertisement Advertisement Polis mengesahkan mayat yang dibuang ke dalam […]">

VIRAL: Dua Lelaki Dirakam Buang Mayat Pesakit Covid-19 Ke Dalam Sungai

 VIRAL: Dua Lelaki Dirakam Buang Mayat Pesakit Covid-19 Ke Dalam Sungai
Advertisement

Dua lelaki dengan salah seorangnya lengkap memakai pakaian sut perlindungan diri (PPE) dilihat membuang mayat pesakit Covid-19 dari sebuah jambatan di negeri Uttar Pradesh, India baru-baru ini.

Kejadian yang dirakam di daerah Balrampur itu tular selepas ia dimuat naik di media sosial.

Advertisement
< div style="font-size:10px;text-align:center;color:#cccccc;">Advertisement
Advertisement

Polis mengesahkan mayat yang dibuang ke dalam sungai Rapti itu ialah pemuda berasal dari Shohratgadh Siddharathanagar yang dikenali sebagai Premnath.

Menurut pegawai perubatan di Balrampur, Premnath dimasukkan ke hospital pada 25 Mei lalu selepas disahkan positif Covid-19 dan meninggal dunia tiga hari selepas menerima rawatan.

Advertisement

“Mayat telah diserahkan kepada waris untuk dibakar tetapi mereka memutuskan untuk membuangnya ke dalam sungai,” katanya.

Advertisement

Insiden itu berlaku kurang dua minggu selepas beberapa mayat disyaki pesakit Covid-19 dilihat terapung di beberapa sungai di Uttar Pradesh dan Bihar.

Advertisement

MyNetizen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *