VIRAL DI SARAWAK: Askar Mengamuk Mati Tembak Diri

 VIRAL DI SARAWAK: Askar Mengamuk Mati Tembak Diri
Advertisement

Seorang anggota tentera maut dipercayai menembak dirinya selepas dikatakan mengamuk dalam kejadian di Kampung Kolong 1, Sungai Tengah di Jalan Matang, di Kuching, Sarawak, tengah hari tadi.

Advertisement

Difahamkan, lelaki itu yang mengamuk melepaskan beberapa das tembakan menggunakan senjata dipercayai Colt M4 Carbine yang turut mencederakan ibu mentuanya.

 

Advertisement

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail yang mengesahkan kejadian itu berkata, suspek berusia 20-an itu meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan di kepala.

Advertisement

Beliau berkata, kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 12.30 tengah hari dan pihaknya kini sedang menjalankan siasatan.

Advertisement

“Ya, kejadian itu kira-kira jam 12.30 tengah hari tadi dan siasatan kini sedang dijalankan,” katanya seperti dilapor Berita Harian. – Malaysiapost

Kredit Foto: Utusan Borneo

Advertisement

MyNetizen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *