VIRAL DI SABAH: Anak Ahli Perniagaan Terkenal Ditemui Mati Dalam Bilik Tidur

 VIRAL DI SABAH: Anak Ahli Perniagaan Terkenal Ditemui Mati Dalam Bilik Tidur
Advertisement

Seorang lelaki yang juga anak ahli perniagaan sebuah syarikat perkapalan dan perhotelan terkemuka negeri ini, ditemui mati di rumahnya, semalam.

Mangsa berusia 42 tahun itu ditemui di dalam bilik tidur di rumahnya di Jalan Lintas, di sini, oleh ahli keluarga sebelum membuat laporan polis kira-kira jam 6 petang.

Advertisement
Advertisement

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali, berkata setakat ini siasatan masih diteruskan untuk mengenal pasti punca sebenar kematian mangsa.

Advertisement

Katanya, mayat mangsa sudah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Queen Elizabeth I (HQEI) untuk tindakan selanjutnya.

Advertisement

“Bagaimanapun, kita masih menunggu keputusan saringan COVID-19 sebelum proses seterusnya dapat dijalankan.

“Polis juga masih menunggu laporan bedah siasat bagi membantu siasatan lanjut,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Advertisement

Hazani berkata, siasatan awal juga mendapati, tiada sebarang unsur jenayah ditemui di tempat kejadian atau pada tubuh badan mangsa.

Katanya, kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR) dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Advertisement

MyNetizen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *