VIRAL DI MALAYSIA: Disangka Kebakaran Rupanya Buat Pemujaan Jin Dan Syaitan Dalam Kondo

 VIRAL DI MALAYSIA: Disangka Kebakaran Rupanya Buat Pemujaan Jin Dan Syaitan Dalam Kondo
Advertisement

Cahaya api yang dilihat jiran daripada sebuah unit kondominium di Persiaran Bukit Gambir, Gelugor di sini membongkar kegiatan seorang lelaki dipercayai melakukan pemujaan awal pagi Selasa lalu.

Difahamkan jiran berkenaan yang pada awalnya menyangka ia kejadian kebakaran segera menghubungi bomba kira-kira pukul 1.55 pagi.

Advertisement

Menurut Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak bergegas ke lokasi kejadian selepas dimaklumkan berhubung kehadiran cahaya seperti kebakaran di tingkat 31 tersebut.

Advertisement

Beliau berkata, apabila pasukan bomba tiba, pihaknya mendapati tiada sebarang kebakaran yang berlaku.

Advertisement

“Pemeriksaan bersama polis di sebuah unit mendapati ada bau asap dari rumah tersebut dan kita membuka pintu dengan peralatan khas menyelamat.

Advertisement

“Sebaik pintu dibuka, terdapat seorang lelaki berumur 23 tahun disyaki sedang melakukan aktiviti pemujaan dan tiada sebarang kebakaran,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, kes berkenaan kemudiannya diserahkan kepada pihak polis.

Difahamkan pada operasi itu, pihak berkuasa menemui pelbagai peralatan bagi aktiviti pemujaan seperti patung dan lilin serta beberapa gambar pasangan dipercayai bagi ritual berkenaan.

Advertisement

Sementara itu, insiden itu tular di media sosial hari ini selepas video dipercayai dirakam dari unit berdekatan yang memaparkan tindakan seorang lelaki seolah-olah sedang melakukan upacara pemujaan dalam cahaya api dikongsi pengguna.

Advertisement

MyNetizen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *