VIRAL DI MELAKA: Jabatan Kesihatan Kenal Pasti 23 Kontak Rapat Kepada Petugas Jentera Parti Politik Positif Covid-19

 VIRAL DI MELAKA: Jabatan Kesihatan Kenal Pasti 23 Kontak Rapat Kepada Petugas Jentera Parti Politik Positif Covid-19
Advertisement

Jabatan Kesihatan negeri telah mengenal pasti 23 orang kontak rapat kepada seorang petugas jentera sebuah parti politik yang didapati positif COVID-19, dan telah diarahkan untuk menjalani kuarantin.

Pengarah Kesihatan negeri, Dr Rusdi Abd Rahman berkata, individu berasal dari Pahang itu berada di negeri ini sejak 1 November, bagi membantu jentera partinya dalam pilihan raya di Melaka dan arahan penutupan bilik gerakan telah dikeluarkan bermula hari ini, memandangkan terdapat risiko penularan di lokasi itu.

Katanya, ia berikutan tiada saringan suhu dijalankan, tiada buku rekod kehadiran disediakan dan gagal mengemukakan rekod saringan ujian RTK-Ag kendiri setiap dua hari, yang perlu dijalankan terhadap petugas atau jentera pilihanraya.

“Siasatan lanjut juga sedang dijalankan untuk mengenal pasti kontak-kontak rapat dan kontak sosial yang lain, dan setelah proses disinfeksi selesai dijalankan segala ketidakpatuhan diperbaiki, pihak berkenaan boleh membuat permohonan kepada Pejabat Kesihatan Daerah untuk penilaian risiko bagi membuka semula Bilik Gerakan tersebut.

Advertisement

“Penularan dalam skala lebih besar boleh berlaku sekiranya pesakit positif COVID-19 terdedah dalam kalangan masyarakat dan menyebabkan kewujudan kluster baharu, justeru jabatan kesihatan memandang serius perkara yang berlaku ini dan jentera pilihan raya semua parti serta orang ramai dinasihatkan agar sentiasa mematuhi SOP yang telah ditetapkan,” katanya. – Bernama

Advertisement

MyNetizen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *