VIRAL DI MELAKA: 595 Ahli BERSATU Umum Keluar Parti, Sertai UMNO

 VIRAL DI MELAKA: 595 Ahli BERSATU Umum Keluar Parti, Sertai UMNO
Advertisement
Seramai 595 ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengisytiharkan keluar parti dan menyertai UMNO dalam dua majlis berasingan di Melaka malam tadi.
Di Sungai Udang, seramai 95 ahli Bersatu Kampung Bertam Hulu mengumumkan keluar parti itu serta-merta.
Rosjihan Abdul Rahman, 62 tahun, yang sebelum ini Pengerusi Tetap Bersatu cawangan itu mendakwa, tindakan berkenaan diambil selepas mereka kecewa dengan kepimpinan sedia ada.
“Saya telah dilantik sebagai sidang dan juga Pengerusi Tetap Bersatu Cawangan Kampung Bertam Hulu, Timbalan Ketua Pusat Daerah Mengundi (PDM) Perikatan Nasional (PN) Bertam Hulu sebelum ini… (tetapi) saya umumkan dengan rasa ikhlas hati saya keluar daripada Bersatu dan saya letak segala jawatan di dalam parti dan juga PN.
Advertisement
“Saya keluar Bersatu atas sebab tiada ketelusan dalam segala aspek pentadbiran Kampung Bertam Hulu, parti Bersatu bukan untuk penduduk tapi kepentingan (pemimpin) diri sendiri untuk berada di atas,” dakwanya.
Beliau kemudian menyerahkan borang keahlian UMNO kepada Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad dalam satu majlis ringkas di sini.
Advertisement
Sementara itu, seramai 500 ahli Bersatu di empat PDM di bawah Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Batu didakwa melakukan tindakan sama.
Kesemua mereka terdiri daripada ahli Bersatu di PDM Pasir Puteh, Taman Rumpun Bahagia, Peringgit dan Kampung Pengkalan Batu.
Advertisement
Memetik laporan Utusan, bekas Timbalan Ketua Cawangan Bersatu Pasir Puteh, Huslan Naim berkata, tindakan itu diambil selepas kesemua mereka hilang kepercayaan terhadap kepimpinan negeri dan Bersatu Bahagian Hang Tuah Jaya.
“Sikap pilih kasih ini menyebabkan kami tidak tidak puas dengan kepimpinan Bersatu termasuk Ketua Bahagian, Mohd Azrudin Md Idris yang merupakan calon PN DUN Pengkalan Batu.
“Oleh itu kami 500 ahli mengisytiharkan keluar Bersatu berkuat kuasa serta-merta,” jelasnya pada sidang media di Bachang malam tadi.
Advertisement

MyNetizen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *