VIRAL: 2 Lelaki Islam Ditahan Ketika Beli Nombor Ramalan

 VIRAL: 2 Lelaki Islam Ditahan Ketika Beli Nombor Ramalan
Advertisement

Dua lelaki Islam yang sedang membeli nombor ramalan di dua premis judi di sini, ditahan dalam operasi Pejabat Agama Daerah Manjung, semalam.

Pegawai Tadbir Agama Islam Daerah Manjung Khairul Nizam Mat Nor berkata, keduanya yang berusia lingkungan 30-an dan 40-an itu ditahan dalam pemeriksaan di premis itu bermula 4 petang hingga 7 malam.

Advertisement
Advertisement

Menurutnya, lokasi berkenaan menjadi tumpuan kaki judi beragama Islam sebelum ini dan operasi dilakukan untuk membanteras kegiatan perjudian dalam kalangan umat Islam.

“Ketika ditahan, kedua lelaki itu sedang membeli nombor ramalan dan ada beberapa individu lain berada di luar premis.

Advertisement
Advertisement

“Kita tidak boleh menahan individu di luar premis kerana tidak masuk dalam premis dan tidak membeli nombor ramalan ketika itu tetapi mereka tetap diberikan peringatan dan nasihat supaya menjauhi kegiatan itu,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Advertisement

Khairul Nizam berkata, kedua lelaki itu kemudiannya dibawa ke Pejabat Agama Daerah Manjung untuk tindakan lanjut sebelum dibenar jamin.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 26 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Perak dan jika disabit kesalahan boleh didenda RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-dua sekali,” katanya.

Advertisement

MyNetizen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *