VIRAL HARI INI: Pengundi Positif COVID-19 Dikesan Keluar Mengundi Ketika PRN Melaka

 VIRAL HARI INI: Pengundi Positif COVID-19 Dikesan Keluar Mengundi Ketika PRN Melaka
Advertisement

Seorang pengundi positif Covid-19 dikesan keluar mengundi di Alor Gajah, Melaka.

Advertisement

Susulan perkara itu, Pengarah Kesihatan Negeri (JKN) Melaka, Dr. Rusdi Abd. Rahman mengambil tindakan segera mengarahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di pusat mengundi terlibat menutup sementara kawasan berisiko termasuk saluran mengundi untuk proses desinfeksi menyeluruh.

Advertisement

Advertisement

Menurut Dr. Rusdi, PKD Alor Gajah, Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Alor Gajah telah menerima notifikasi daripada Covid-19 Assessment Centre (CAC) Melekek, berhubung perkara itu.

Advertisement

“Terdapat seorang kes positif Covid-19 yang keluar mengundi di salah sebuah pusat mengundi di Daerah Alor Gajah. Keputusan ujian bagi pesakit ini diterima dari makmal swasta setelah beliau selesai proses mengundi.

Advertisement

“Pesakit ini bagaimanapun tidak menunjukkan sebarang gejala pada waktu mengundi,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini. – UTUSAN ONLINE 

Advertisement

MyNetizen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *