TERKINI: Wajib Daftar Vaksin Sebelum Terima Bantuan

 TERKINI: Wajib Daftar Vaksin Sebelum Terima Bantuan
Advertisement

Kerajaan Johor mewajibkan penerima inisiatif Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) Ihsan Johor 3.0 yang akan mula diagih bulan ini, untuk mendaftar dalam program vaksinasi sama ada menerusi aplikasi MySejahtera atau mana-mana saluran disediakan Kementerian Kesihatan (KKM).

Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad berkata, ia menjadi syarat penting sebelum bantuan yang disediakan dalam PRE Ihsan Johor 3.0 dapat disalurkan kepada mereka.

Advertisement

Katanya, peruntukan sebanyak RM126.86 juta disediakan kerajaan negeri bagi membantu rakyat terjejas terutama golongan B40 dan peniaga kecil.

“Sebanyak 16 inisiatif merangkumi pelbagai pemberian sekali beri (one-off) termasuk kepada pengusaha kantin sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan sebanyak RM500.

Advertisement
Advertisement

“Turut menerima bantuan sekali beri RM500 itu adalah pemegang lesen premis gunting rambut atau salun, pemandu bas/ van sekolah yang berdaftar, peserta dalam senarai e-Kasih selain imam, bilal serta noja.

“Bantuan sekali beri RM500 juga akan diagih kepada golongan yang hilang pekerjaan atau pendapatan selain 630 ketua kampung di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam pengumuman PRE Ihsan Johor 3.0 yang dilakukan secara maya, hari ini.

Mengulas lanjut, Hasni yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Benut berkata, kerajaan Johor juga akan memperuntukkan sebanyak RM1 juta kepada Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim (YPKDT).

Advertisement

Katanya, ia bagi mengadakan klinik kaunseling, webinar psikologi dan kaunseling serta ujian psikologi secara dalam talian.

“Kerajaan Johor juga akan menyalurkan baucar barangan bernilai RM200 kepada keluarga B40 selain bantuan program bakul makanan bernilai RM100 kepada rakyat terjejas dengan peruntukan RM2 juta malah RM8 juta diagih untuk program ‘gerobok makanan’ di setiap daerah.

Advertisement

“Sebanyak 100,000 baucar KFC bernilai RM20 juga akan diberikan kepada golongan yang terkesan termasuk mahasiswa, anak-anak yatim piatu serta warga emas selain inisiatif 8,000 sumbangan peranti kepada sekolah di negeri ini bagi pelaksanaan program Pembelajaran dan Pengajaran di Rumah (PdPR).

“Kerajaan Negeri turut akan menyalurkan bantuan RM500,000 kepada persatuan dan penggiat seni di Johor, elaun khas RM50 sehari kepada sukarelawan Southern Volunteers (SV) yang membantu program vaksinasi termasuk pendaftaran selain pengamal media turut diberikan RM500 bantuan sekali beri,” katanya.

Advertisement

MyNetizen

2 Comments

  • Terbaik kerajaan Johor .rakyat memerlukan bantuan dlm keadaan sekarang ini.terima kasih kerajaan Johor.

  • Terima kasih kerajaan johor.memang rakyat benar.benar memerlukan bantuan pada masa sekarang ini.
    Terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *