TERKINI: Tujuh Mayat Ditemukan Manakala Seorang Masih Hilang Di Kawasan Banjir Di Seluruh Selangor Setakat Petang Ini

 TERKINI: Tujuh Mayat Ditemukan Manakala Seorang Masih Hilang Di Kawasan Banjir Di Seluruh Selangor Setakat Petang Ini
Advertisement

Tujuh mayat ditemui manakala seorang lagi masih hilang di kawasan banjir di seluruh Selangor setakat petang ini, lapor Bernama.

Advertisement

Menurut bomba melalui ciapan Bernama, empat mayat ditemui di kawasan banjir di Taman Sri Musa, Shah Alam setakat petang ini.

Maklumat lanjut bakal menyusul.

Advertisement

 

BENCANA banjir di Selangor sejak kelmarin dilaporkan telah meragut tujuh nyawa setakat ini, manakala seorang lagi dilaporkan masih hilang.

Jumlah korban itu disahkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor berdasarkan laporan setakat jam 2.30 petang tadi,

Pengarah JBPM Selangor, Norazam Khamis, berkata tiga ditemui lemas dan seorang mangsa dijumpai meninggal dunia di ruang atas rumah di sekitar Taman Sri Muda, Shah Alam yang terjejas teruk akibat bencana alam itu.

Advertisement

Menurutnya, dua lagi korban dilaporkan di Dengkil, Sepang, dan seorang di Desa Coalfields, Kuala Selangor, manakala seorang mangsa dipercayai hilang di Sungai Pinang, Klang.

Terdahulu media melaporkan mayat lelaki berusia 52 tahun ditemui terapung oleh pasukan bomba dan penyelamat, di tingkat bawah Blok C, Flat Taman Pertama, Dengkil, pada jam 7.50 pagi hari ini.

Advertisement

Pada Sabtu, seorang lelaki berusia 30-an dilaporkan maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika melalui premis perniagaan di Taman Deluxe, Dengkil ketika banjir.

Seorang pemandu lori berusia 45 tahun dipercayai lemas dalam usaha menyelamatkan diri dalam lori yang dinaiki banjir di laluan berhampiran Simpang Desa Coalfield, pada jam 4.50 pagi semalam.

Terbaharu tiga mayat dipercayai korban banjir ditemui di Taman Sri Muda, dengan dua mayat ditemukan jam 1 pagi manakala seorang lagi pada 5 pagi tadi. – Malaysiapost

Advertisement

MyNetizen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *