TERKINI: Tiga Anggota TUDM Maut, Seorang Parah Dalam Kejadian Tembakan

 TERKINI: Tiga Anggota TUDM Maut, Seorang Parah Dalam Kejadian Tembakan
Advertisement

Tiga anggota Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) dipercayai maut, manakala seorang lagi cedera parah dalam kejadian tembakan di Kem SKN 330 TUDM CRC, Kota Samarahan pagi tadi, memetik laporan Sinar Harian.

Kejadian itu dipercayai berlaku sekitar pukul 7.15 pagi pada Jumaat di Balai Pengawal Handau Skuandron 330 TUDM, Kota Samarahan.

Advertisement
Advertisement

Menurut sumber, siasatan awal mendapati kejadian itu melibatkan empat anggota TUDM yang bertugas di balai pengawal tersebut.

“Punca kejadian masih lagi dalam siasatan. Bagaimanapun mengikut laporan awal, tiga anggota maut di tempat kejadian manakala seorang lagi cedera parah dan dirawat di Hospital Jantung Kota Samarahan,” katanya kepada Astro AWANI, memetik Sinar Harian lagi.

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Sementara itu, Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail turut mengesahkan perkara tersebut, maklumnya pihaknya telah menerima laporan kejadian itu.

Difahamkan, maklumat lanjut mengenai mangsa belum dapat dipastikan dan punca kejadian masih dalam siasatan.

 

Sumber: Sinar Harian / BERNAMA

Advertisement

MyNetizen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *