TERKINI: Tiada Rombongan Ke Istana Negara, Jawatan PM Kembali Kepada UMNO

 TERKINI: Tiada Rombongan Ke Istana Negara, Jawatan PM Kembali Kepada UMNO
Advertisement

Tempoh kurang dari lapan jam artikel ini disiarkan menjadi waktu paling penting buat negara dalam menentukan Perdana Menteri baharu sebagai peneraju kerajaan sebelum Pilihan Raya Umum 15 (PRU) dilaksanakan.

Advertisement

Sebagaimana dilaporkan pada Selasa, kesemua anggota Dewan Rakyat telah diarahkan supaya menghantar surat akuan secara bertulis kepada Istana Negara dan menamakan calon pilihan untuk dilantik sebagai Perdana Menteri yang ke-9 selewat-lewatnya jam 4 petang nanti.

Advertisement

Advertisement

Jika diimbas kembali, peristiwa menamakan calon Perdana Menteri melibatkan semua ahli parlimen ini sudah pernah berlaku 18 bulan lalu namun dalam suasana yang cukup berbeza.

Masih ingatkah ‘kemeriahan’ tanggal Februari tahun lalu apabila orang-orang politik ini membuat rombongan ke Istana Negara menaiki bas?

Advertisement

Bahkan ahli-ahli parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) lebih mencuri tumpuan dengan menaiki bas dua tingkat berbumbungkan langit Kuala Lumpur menuju Istana Negara bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong.

Namun pada hari ini, dengan situasi pandemik Covid-19 yang masih membimbangkan, tentunya ‘pesta politik’ sedemikian tidak akan terjadi.

Advertisement

Atau sebenarnya, adakah sekiranya hari ini Malaysia sudah sembuh daripada Covid-19, krisis politik yang sedang dihadapi negara ketika ini tidak berlaku?

Apa pun itu hanya kekal menjadi anggapan, kerana hakikatnya, Covid-19 bukan sahaja telah mengorbankan nyawa ramai rakyat, namun turut ‘mengorbankan’ survival Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri ke-8.

Advertisement

MyNetizen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *