TERKINI: Tiada Bukti Virus COVID-19 Berasal Dari Wuhan

 TERKINI: Tiada Bukti Virus COVID-19 Berasal Dari Wuhan
Advertisement

Pasukan pakar Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sangsi terhadap khabar angin mengenai Institut Virologi Wuhan (WIV) dikatakan sebagai tempat asal usul virus COVID-19.

Sebaliknya, pasukan tersebut yakin dengan tahap keselamatan di kawasan itu dan memberikan penilaian yang positif terhadap cara pengurusan serta pengendalian makmal di institut berkenaan.

Advertisement

Pasukan pakar WHO berada di China bagi menyiasat asal-usul pandemik COVID-19  dan telah melawat  WIV serta makmal institut tersebut di Wuhan, wilayah Hubei pada 3 Febuari (Rabu).

Advertisement

Pakar epidemiologi Institut Pasteur St. Petersburg Rusia, Dr. Vladmir Dedkov mendapati makmal berkenaan dilengkapi pelbagai kemudahan berpiawaian tinggi dan sangsi bagaimana virus boleh disebarkan dari kawasan tersebut.

Advertisement

Seorang lagi pakar, Peter Daszak, yang telah mengumpul pelbagai maklumat mengenai makmal itu mengesahkan banyak pencapaian sains dan penyelidikan berjaya dihasilkan di makmal tersebut.

Advertisement

Mengulas mengenai Pasar Basah Huanan pula, Dr. Vladmir Dedkov mengesahkan tiada bukti menunjukkan penularan wabak berpunca daripada pasar itu.

Dalam perkembangan lain, jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin pada sidang media pada  hari yang sama turut memaklumkan bahawa perbincangan antara pasukan pakar WHO dengan petugas China telah membuahkan hasil.

Advertisement

Tambah Wang, kerja-kerja menyiasat oleh pakar-pakar tersebut ke kawasan hospital, pasar dan  Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Wuhan serta tempat-tempat lain berjalan lancar.

Tegasnya, China akan meneruskan kerjasama dengan WHO secara terbuka, telus dan bertanggungjawab.

Advertisement

MyNetizen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *