BANTUAN TERKINI: RM1,000 Untuk Keluarga Pesakit Covid-19 Yang Meninggal Dunia

 BANTUAN TERKINI: RM1,000 Untuk Keluarga Pesakit Covid-19 Yang Meninggal Dunia
Advertisement

Kerajaan Selangor memperuntukkan sebanyak RM1.5 juta sumbangan khairat kematian kepada keluarga pesakit Covid-19 yang meninggal dunia akibat pandemik tersebut di negeri berkenaan.

Advertisement

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, keputusan tersebut dibuat berdasarkan kes kematian yang meningkat hingga mencecah angka 3,460 kematian di seluruh negara.

Menurutnya, sebanyak RM1,000 akan disumbangkan kepada keluarga pesakit Covid-19 yang meninggal dunia akibat pandemik tersebut di Selangor.

Advertisement

 

“Saban hari, kita membaca di dada-dada akhbar dan di media sosial kisah memilukan kematian akibat Covid-19.

“Menginsafi musibah yang menimpa mereka yang kehilangan insan tersayang akibat pandemik itu, kerajaan Selangor bersetuju memberikan sumbangan khairat kematian berjumlah RM1,000 untuk setiap pesakit Covid-19 yang meninggal dunia di Selangor,” katanya pada sidang media pengumuman Pakej Kita Selangor 2.0 secara maya pada Rabu.

Advertisement

Dalam pada itu, Amirudin turut mengumumkan bahawa Yayasan Selangor (YS) akan memberi penangguhan bayaran balik pinjaman Pelajaran Biasiswa Yayasan Selangor kepada 286 pelajar tajaan YS yang menamatkan pelajaran pada tahun 2021 kepada bulan Januari 2022.

Katanya, YS melaksanakan penangguhan bayaran balik pinjaman semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) awal tahun ini bermula 1 April hingga 30 September 2020 bagi tempoh enam bulan.

Advertisement

Peruntukan pemberian penangguhan ini jelasnya, diberikan kepada peminjam aktif dengan tunggakan pinjaman tidak melebihi tiga bulan.

“Inisiatif penangguhan bayaran balik ini dijangka memberi impak kewangan berjumlah RM 1 juta.

“Pihak YS juga akan membantu merancang semula pembayaran balik pinjaman pendidikan kepada seramai 2,088 bekas pelajar tajaan YS dan mereka digalakkan untuk menghubungi YS,” katanya.

Advertisement

Selain itu, Amirudin juga memaklumkan seramai 1,300 graduan yang mendapat pinjaman pendidikan di bawah Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor akan mendapat lanjutan penangguhan bayaran ansuran pinjaman daripada enam bulan kepada 12 bulan selepas tamat pengajian.

Menurutnya, pelajar yang terjejas boleh membuat permohonan dengan memuat turun borang permohonan di portal Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor dan terbuka kepada semua peminjam yang menamatkan pengajian sepanjang tahun 2021.

Dalam pada itu, Amirudin mengumumkan bantuan ‘one-off’ sebanyak RM500 kepada golongan orang kurang upaya (OKU) di Selangor membabitkan peruntukan RM600,000 bagi membantu golongan tersebut akibat pelaksanaan PKP 3.0.

Advertisement

MyNetizen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *