TERKINI: Rayuan Mohon BPR 15 Hingga 30 Jun Ini

 TERKINI: Rayuan Mohon BPR 15 Hingga 30 Jun Ini
Advertisement

Tempoh rayuan bagi permohonan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR)  dibuka mulai 15 hingga 30 Jun ini.

Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz berkata, tempoh itu bagi membantu mereka yang tidak lulus dalam permohonan sebelum ini.

Advertisement

Menurutnya, pemohon boleh mengemukakan rayuan beserta dokumen yang berkaitan untuk disemak semula oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).

Advertisement

“Proses rayuan ini juga bagi memastikan bantuan dapat disampaikan kepada mereka yang benar-benar memerlukan,” kata Kementerian Kewangan menerusi kenyataan hari ini.

Advertisement

Untuk rekod Program PEMERKASA+ diumum oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 1 Mei lalu.

Advertisement

Menerusi program berkenaan, kerajaan telah memperkenalkan BPR Tambahan sebanyak RM2.1 bilion untuk membantu penerima BPR 2021 sedia ada.

Pemohon yang lulus rayuan BPR ini layak menerima bayaran BPR Tambahan berkenaan.

Advertisement

Kerajaan juga telah mengemaskini data golongan B40 yang layak menerima BPR.

Setakat ini, RM4.6 billion bantuan BPR telah disalurkan kepada seramai 8.4 juta penerima B40 seluruh negara pada bulan Februari/Mac dan Mei 2021.

Bayaran Fasa 3 sebanyak RM2.4 bilion pula akan dibuat pada bulan September 2021.

Advertisement

MyNetizen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *