TERKINI: PKR Dakwa Ada Gerakan Kumpul SD Ahli Parlimen Sedang Berjalan

 TERKINI: PKR Dakwa Ada Gerakan Kumpul SD Ahli Parlimen Sedang Berjalan
Advertisement

PKR mendakwa ada gerakan pihak tertentu sedang cuba mendapatkan perakuan berkanun (SD) daripada ahli-ahli parlimen untuk mendapat jawatan dalam kerajaan pusat.

Advertisement

Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil berkata pihaknya dimaklumkan gerakan itu dilakukan beberapa ahli parlimen yang tidak memegang jawatan pemimpin utama parti mereka.

Advertisement
Advertisement

“PKR turut difahamkan bahawa ahli-ahli parlimen terbabit berbuat demikian dengan mendakwa kononnya mereka telah mendapat ‘restu’ Yang Di-Pertuan Agong,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Kenyataan itu muncul ketika Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah dalam proses berkenan menerima menghadap pemimpin utama parti dalam negara.

Advertisement

Setakat ini Agong sudah menerima menghadap beberapa daripada mereka termasuk Presiden PKR merangkap pengerusi Pakatan Harapan Anwar Ibrahim, Presiden Amanah, Mohamad Sabu; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng; Presiden Warisan, Mohd Shafie Apdal dan bekas perdana menteri yang juga Pengerusi Penaja Parti Pejuang Tanah Air Dr Mahathir Mohamad.

Beberapa pemimpin lain dijangka akan menghadap Agong esok dan minggu depan.

Advertisement

Isu cadangan penubuhan Majlis Gerakan Negara (Mageran) sebagai cara menghadapi situasi semasa politik negara juga menjadi polemik pada hari ini.

Sebagai sebuah negara yang mengamalkan prinsip raja berperlembagaan, kata Fahmi, PKR percaya bahawa dakwaan ‘restu’ itu adalah tidak benar sama sekali.

Malah katanya ia merupakan percubaan jelik untuk mendapatkan habuan bagi kelompok tertentu pada ketika negara berada di dalam krisis.

Kata ahli parlimen Lembah Pantai itu lagi tindakan tersebut adalah langkah terdesak ahli parlimen terbabit dan mereka wajar ditolak oleh rakyat.

Katanya tumpuan sekarang sepatutnya ditumpukan kepada usaha memulihkan ekonomi dan membela rakyat yang cukup terkesan akibat pandemik Covid-19.

“PKR mengambil pendirian nama Agong tidak patut digunakan sebagai helah untuk meraih sokongan ahli-ahli Parlimen, apatah lagi apabila sokongan itu tidak menyelesaikan persoalan besar tentang hala tuju kepimpinan negara kita pada ketika ini,” katanya.

Advertisement

MyNetizen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *