TERKINI: PH Tolak Cadangan Tun M Tubuh MAGERAN

 TERKINI: PH Tolak Cadangan Tun M Tubuh MAGERAN
Advertisement
Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) hari ini menolak cadangan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk diwujudkan kembali Majlis Gerakan Negara (MAGERAN).
Dalam satu kenyataan hari ini, PH berkata cadangan itu bertentangan dengan prinsip mereka selaku parti yang menjunjung demokrasi berparlimen.
Tegas mereka lagi, apa yang diperlukan negara ini ialah pembukaan kembali sidang Parlimen bagi membincangkan isu berkaitan politik dan COVID-19.
Advertisement
“Pakatan Harapan menolak cadangan MAGERAN ini berdasarkan pendirian konsisten kami bahawa darurat perlu ditamatkan segera dan Parlimen perlu dibuka semula sekarang.
“Penyelesaian kepada masalah rakyat dalam isu COVID-19, ekonomi, malah juga politik memerlukan demokrasi berfungsi dengan baik, dan ruang terbaik untuk mendengar suara rakyat serta mencari penyelesaian ialah di Parlimen,” menurut kenyataan itu lagi.
Advertisement
Kenyataan tersebut ditandatangani Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Parti Amanah Negara Mohamad Sabu, dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.
Semalam, Dr Mahathir telah mencadangkan penubuhan kerajaan atau kuasa baharu sama seperti Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) yang pernah ditubuhkan pada tahun 1969 semasa menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Bekas Perdana Menteri itu menjelaskan, penubuhan MAGERAN berjaya memberi penyelesaian kepada situasi politik negara pada suatu ketika dahulu.
Advertisement

MyNetizen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *