TERKINI: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Tidak Larang Untuk Campur Vaksin COVID-19

 TERKINI: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Tidak Larang Untuk Campur Vaksin COVID-19
Advertisement

Biarpun Ketua Saintis Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebelum ini memberi amaran larangan mencampurkan vaksin, seorang wakilnya bagaimanapun memaklumkan bahawa WHO tidak membantah rancangan Thailand mahu menggunakan vaksin campuran, lapor laman berita The Thaiger News semalam.

Advertisement

Vaksin Sinovac yang kurang berkesan dalam mengekang penularan varian Delta sekali gus varian dominan di Thailand mendorong pihak berkuasa kesihatannya  meluluskan rancangan memberikan vaksin AstraZeneca sebagai suntikan penggalak kepada mereka yang sudah menerima dua dos vaksin Sinovac.

Advertisement

Program itu memberi keutamaan kepada petugas kesihatan kerana mereka paling berisiko dijangkiti Covid-19.

Advertisement

Ketua Saintis WHO, Dr. Soumya Swaminathan sebelum ini memberi amaran tentang bahaya mencampurkan vaksin kerana tiada kajian dan data cukup bagi memastikan kaedah itu selamat.

“Ia merupakan trend yang  bahaya. Kita tidak mempunyai data dan bukti tentang kaedah menggunakan vaksin campuran.

“Ini akan menyebabkan negara-negara menjadi huru-hara apabila penduduk mula menentukan siapa dan bila untuk mengambil dos kedua, ketiga dan keempat,” katanya.

Selepas Jawatankuasa Penyakit Berjangkit Nasional Thailand meluluskan kaedah tersebut, wakil WHO di Thailand mengeluarkan maklum balas lebih ‘lemah’.

Advertisement

Kata mereka, amaran Swaminathan itu merujuk kepada risiko kerana kekurangan data serta bahaya apabila individu tidak terlatih menentukan vaksin yang boleh dicampur.

Sebaliknya, sektor kesihatan awam nasional yang bekerja di samping agensi kerajaan mempunyai akses kepada penyelidikan dan data untuk membantu membuat keputusan yang lebih tepat.

Penyelidikan yang tepat dan pemerhatian teliti akan mengurangkan risiko akibat campuran vaksin.

Advertisement

Thailand ketika ini meluluskan dos AstraZeneca tiga hingga empat minggu selepas suntikan pertama vaksin Sinovac.

Negara itu juga telah memberi lampu hijau bagi penggunaan AstraZeneca sebagai vaksin penggalak kepada petugas barisan hadapan dan petugas perubatan selepas lebih 600 pekerja hospital yang sudah menerima dua dos vaksin Sinovac dimasukkan ke hospital akibat jangkitan Covid-19.

Pegawai kesihatan Thailand mengesahkan bahawa keputusan untuk mencampurkan Sinovac dan AstraZeneca dibuat susulan hasil kajian tempatan.

Advertisement

MyNetizen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *