TERKINI: Penyelidik China dakwa COVID-19 berasal dari India

 TERKINI: Penyelidik China dakwa COVID-19 berasal dari India
Advertisement
Sekumpulan penyelidik dari China mendakwa mereka mempunyai bukti kukuh bahawa virus COVID-19 bukan berasal dari China.
Sebaliknya, penyelidikan oleh Akademi Sains China mendakwa kes pertama membabitkan virus itu didakwa dikesan di India sebelum ‘berhijrah’ ke Wuhan.
Dokumen penyelidikan itu mendakwa sumber virus tersebut berasal daripada manusia dan haiwan liar yang berkongsi sumber air sama berikutan gelombang panas yang melanda India dan Pakistan pada tahun lalu.
Kekurangan sumber air mengakibatkan haiwan liar seperti monyet berebut untuk mendapatkannya yang meningkatkan interaksi antara haiwan dan manusia, lapor portal NZHerald
Advertisement
.
Dengan menggunakan analisis filogenetik bagi mengesan asal usul mutasi yang berbeza, kumpulan pakar itu mendebatkan bahawa strain virus yang mengalami mutasi paling sedikit adalah yang asli.
Ekoran itu, mereka berpendapat kes pertama mungkin tidak dikesan di Wuhan, sebaliknya menunding jari kepada India dan Pakistan berikutan strain virus dengan mutasi yang rendah dikesan di kedua-dua kawasan itu.
“Dari Mei hingga Jun tahun lalu, gelombang panas yang kedua terpanjang melanda utara India dan Pakisan menyebabkan berlakunya krisis air yang serius.
Advertisement
“Masalah kekurangan air ini menjadikan haiwan liar seperti monyet berebut antara satu sama lain untuk survival mereka, yang tentunya dilihat meningkatkan peluang interaksi antara manusia dan haiwan liar,” kata hasil penyelidkan itu.
Pun begitu, hasil penyelidikan itu tidak menyakinkan dan mencetus keraguan beberapa kumpulan pakar yang menyifatkannya sebagai berat sebelah dan wujud kecacatan.
Advertisement
Ketua genomik virus dan bioinformatik dari Universiti Glasgow, Prof David Robertson berkata terdapat banyak kecacatan dalam penyelidkan itu.
“Pendekatan penyelidik untuk mengenal pasti virus yang bermutasi rendah dlilihat terlalu berat sebelah.
“Mereka juga mengabaikan data epidemologi sedia ada yang jelas menunjukkan virus itu tersebar dari China,” katanya.
Katanya, kertas penyelidikan itu tidak memberi sebarang pemahaman tambahan mengenai jangkitan COVID-19 yang disebabkan oleh beta-coronavirus dikenali sebagai Severe Acute Respiratory Syndrome Coronavirus-2 (SARS-CoV-2).
Advertisement

MyNetizen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *