TERKINI: Parti WARISAN Saman ADUN BERSATU di DUN Sebatik

 TERKINI: Parti WARISAN Saman ADUN BERSATU di DUN Sebatik
Advertisement

Peguam Parti Warisan Sabah (Warisan) memfailkan saman terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebatik, Hassan A Gani Pg Amir selepas didapati gagal meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sebatik.

Advertisement

 

Advertisement

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Warisan memaklumkan, writ saman dan penyataan tuntutan itu dihantar di kediaman beliau di Taman Fulliwa di sini pada jam 3.35 petang Rabu.

Advertisement

Kenyataan itu turut berkata, Warisan berharap supaya keputusan mahkamah akan memaksa Hassan untuk menghormati surat peletakan jawatannya yang telah ditandatangani sebagai ADUN Sebatik.

Advertisement
Advertisement

Writ itu menamakan Setiausaha Agung Warisan, Datuk Loretto Padua yang juga sebagai wakil Warisan adalah plaintif, manakala Hassan sebagai defendan.

Pada 25 Februari lalu, Hassan mengumumkan bahawa beliau keluar daripada Warisan.

Advertisement

MyNetizen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *