TERKINI: Orang Ramai Jangan Terlalu Risau, Vaksin Sinovac Dan Pfizer Sama Berkesan

 TERKINI: Orang Ramai Jangan Terlalu Risau, Vaksin Sinovac Dan Pfizer Sama Berkesan
Advertisement

Data perubatan berhubung pengunaan vaksin Sinovac dan Pfizer menunjukkan kedua-duanya mempunyai keberkesanan yang sama dalam melawan virus Covid-19.

Advertisement

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, pada 7 Julai lalu “New England Journal of Medicine” menerbitkan laporan tentang pengalaman Chile menggunakan vaksin Sinovac dari Februari hingga Mei 2021.

Advertisement

Advertisement

“Laporan itu melihat kepada seramai 4.2 juta orang lengkap divaksin berbanding 5.5 juta penduduk tidak divaksin.

Advertisement

“Sinovac didapati mengurangkan 65.9 peratus jangkitan Covid-19, mengurangkan kemasukan hospital (87.5 peratus), mengurangkan kemasukan ICU (90.3 peratus) dan mengurangkan kematian (86.3 peratus),” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Advertisement

Justeru, Noor Hisham berkata, tiada banyak beza antara vaksin
Sinovac dan Pfizer kerana kedua-duanya sangat efektif dalam mencegah jangkitan yang teruk.

Advertisement

MyNetizen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *