TERKINI: Menteri Langgar SOP, Hanya Polis Dan PBT Boleh Keluarkan Kompaun

 TERKINI: Menteri Langgar SOP, Hanya Polis Dan PBT Boleh Keluarkan Kompaun
Advertisement

Hanya Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang boleh mengeluarkan kompaun kepada individu yang didapati melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP).

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sesiapa sahaja yang didapati melanggar SOP akan dikompaun tanpa mengira kedudukan mereka.

Advertisement

“Kalau ada pelanggaran sesiapa sahaja, Menteri ke Timbalan Menteri ke atau sesiapa sahaja, hanya pihak polis boleh ambil tindakan.

“Baru-baru ini seorang menteri diambil tindakan (melanggar SOP) dengan RM2,000. Jadi ramai orang beri pesanan dalam aplikasi WhatsApp kenapa saya tidak ambil tindakan.

Advertisement

“Tindakan adalah di bawah kuasa polis dari segi pelaksanaan, pemantauaan akta, dan tangkapan, semuanya adalah di bawah polis dan agensi-agensi yang diturunkan kuasa oleh KKM,” katanya dalam sidang media selepas melancarkan program “MinDef Prihatin” di Wisma Pertahanan, Kementerian Pertahanan, hari ini.

Advertisement

Ismail Sabri menjawab pertanyaan media mengenai kenyataan Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang mengakui ada menteri yang melanggar SOP.

Malah Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi itu berkata, tindakan tidak bertanggungjawab itu nyata merosakkan kredibiliti Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh yang dilaksanakan di negara ini.

Advertisement

Pada minggu lalu, Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa dikompaun RM2,000 kerana gagal mematuhi SOP.

Perkata itu disahkan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah.

Ditanya mengenai tindakan pihak berkuasa mengenai aktiviti merentas negeri yang dilakukan rakyat pada masa ini, Ismail Sabri berkata, sebarang tindakan penguatkuasaan adalah dibawah kuasa polis.

“Sekarang ini kawalan mereka diperketatkan di Sekatan Jalan Raya, semalam sahaja ramai yang diarahkan patah balik.

Advertisement

“Pihak polis lebih tegas kerana esok adalah sambutan Hari Raya Aidiladha, jadi di SJR polis lebih tegas, namum pemantauan rumah ke rumah perlu diumumkan oleh pihak polis,” katanya lagi.

Pada awal hari ini, Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, orang ramai dilarang merentas negeri dengan menggunakan surat kebenaran Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) bermula hari ini hingga Rabu depan.

Tindakan ini katanya diambil bagi mengelakkan orang ramai menyalahgunakan surat tersebut bagi merentas negeri untuk menyambut Hari Raya Aidiladha.

Advertisement

MyNetizen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *