TERKINI: Mahathir Dan Mat Sabu Ke Istana, Mohon Menghadap Agong

 TERKINI: Mahathir Dan Mat Sabu Ke Istana, Mohon Menghadap Agong
Advertisement

Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad dan Presiden Amanah Mohamad Sabu memohon menghadap Yang di-Pertuan Agong.

Langkah itu dibuat bagi memohon baginda menamatkan darurat yang dinasihatkan oleh Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Advertisement

Menamakan kumpulan itu sebagai Jawatankuasa Rayuan Tamatkan Proklamasi Darurat, mereka menghantar surat kedua kepada Istana Negara memohon menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi mempersembah memorandum mendesak darurat ditamatkan.

Advertisement

Surat berkenaan, yang diserahkan Pengerusi jawatankuasa itu Khalid Abdul Samad diterima oleh Setiausaha Sulit Kanan Kepada Yang di-Pertuan Agong Kolonel Datuk Nazim Mohd Alim pada kira-kira 3.30 petang.

Advertisement

Turut hadir di pekarangan Pintu 3 Istana Negara ialah Presiden Pejuang Tanah Air (Pejuang) Mukhriz Mahathir dan beberapa ahli parlimen pembangkang.

Advertisement

Bercakap kepada pemberita, Khalid berharap permohonan untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong dapat diberi pertimbangan.

Pengarah Komunikasi Amanah itu mendakwa pengisytiharaan darurat telah membawa kesan buruk daripada pelbagai sudut terutama ekonomi dan kestabilan politik.

Advertisement

“Kami tuntut darurat ditamatkan dan Parlimen dibenar bersidang seperti biasa,” kata beliau sambil menambah jika permohonan itu tidak mendapat perkenan Al-Sultan Abdullah, pihaknya akan sekali lagi menghantar surat permohonan beserta bahan bukti tambahan yang perlu.

Surat permohonan menghadap yang pertama diserahkan pada 26 Mac lepas.

[Berita penuh menyusul]

Advertisement

MyNetizen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *