TERKINI: Lengkap Cucuk Vaksin, Kerajaan Pertimbang Rentas Negeri Bertemu Keluarga

 TERKINI: Lengkap Cucuk Vaksin, Kerajaan Pertimbang Rentas Negeri Bertemu Keluarga
Advertisement
Kerajaan sedang memperhalusi cadangan membenarkan pasangan atau keluarga jarak jauh yang telah lengkap dua dos vaksin COVID-19 merentas negeri bertemu keluarga.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata beliau sering membawa isu itu dalam mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) supaya kelonggaran bertemu keluarga dapat dipertimbangkan.
“Sebagai seorang bapa, saya sedar betapa pentingnya institusi kekeluargaan itu kepada manusia.
“Walaupun atas faktor keselamatan, ibu atau bapa tidak sepatutnya terpaksa berpisah dengan anak-anak dalam tempoh yang terlalu lama.
“Lebih-lebih lagi jika ibu bapa berkenaan sudah pun menerima dua dos vaksin,” katanya menerusi muat naik status di media sosial.
Advertisement
Sumber Facebook ismailsabri60
Beliau memberi reaksi berkenaan susulan komen-komen yang diberikan netizen di media sosial yang menyuarakan keluhan pasangan jarak jauh atau ibu bapa yang terpisah dari anak-anak kerana larangan merentas negeri.
Advertisement
Ismail Sabri sebelum ini berkata kelonggaran kepada penerima dua dos vaksin COVID-19 akan diumumkan selepas Hari Raya Aidiladha.
Ketika ini, jelas beliau kajian teliti sedang dilakukan oleh Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) sebelum dibentangkan kepada kerajaan.
Advertisement

MyNetizen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *