Advertisement

Ketua Saintis Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Soumya Swaminathan menjelaskan tiada bukti kukuh kanak-kanak dan remaja yang sihat memerlukan suntikan dos penggalak vaksin Covid-19.

Advertisement

Lapor Reuters, beliau sebaliknya menjelaskan lebih banyak kajian diperlukan bagi menentukan golongan manakah yang memerlukan dos penggalak semasa varian Omicron merebak.

Advertisement

Advertisement

“Setakat ini, tiada bukti lagi kanak-kanak atau remaja yang sihat memerlukan dos penggalak,” tegasnya.

Menurut Swaminathan, kumpulan pakar WHO akan mengadakan pertemuan minggu ini bagi membincangkan persoalan mengenai bagaimana sesebuah negara patut mempertimbangkan pemberian dos penggalak kepada rakyat mereka.

Advertisement

“Tujuannya adalah melindungi golongan paling berpotensi terdedah dengan wabak, melindungi mereka yang berisiko dengan penyakit berbahaya dan ancaman kematian.

“Mereka adalah populasi warga emas, individu yang terjejas dengan tahap imunisasi serta golongan pekerja penjagaan kesihatan,” katanya.

Advertisement

Israel mula memberikan suntikan dos penggalak kepada kanak-kanak berusia 12 tahun, manakala Amerika Syarikat memberi kebenaran penggunaan dos ketiga vaksin Pfizer kepada kanak-kanak berusia 12 hingga 15 tahun.

Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published.